UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Program pencegahan keganasan remaja: Satu model program


Abd Manaf, Abdul Razak (2000) Program pencegahan keganasan remaja: Satu model program. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Kerja Sosial 2000. Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 329-340. ISBN 983207813X

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (210kB)

Abstract

Dewasa ini tahap gejola sosial di kalongon remaja semakin membimbangkan. Pelbagai usaha telah digembeling dan banyak program telah direkabentuk untuk menangani keadaan permasalahan tersebut. Perancangan dan pelaksanaan langkah-langkah murni ini; tidak lain dan tidak bukan bertunjangkan matlamat yabg sama iaitu ke arah pembentukan sera pencapaian peribadi jatidiri yang berakhlak tinggi. Sesetengah di antara program yang dirangka untuk remaja ada memberi kesan yang positif dan ada yang tidak mendatangkan hasil yang baik bahkah mungkin ada yang memudaratkan. Walau bagaimanapun, masih banyak program yang dimajukan untuk remaja tidak dinilai keberkesanannya bagi mencorakkan gaya hidup sihat di kalangan golongan muda ini. Pendeknya, adalah merupakan satu keperluan untuk kita menilai sesuatu program remaja sama ada ianya bersifat pencegahan mahupun rawatan.Dalam masa yang sama,ia juga merupakan satu cabaran kepada perkhidmatan kerja sosial untuk merekabentuk program-program baru yang boleh membantu remaja meningkatkan sahsiah diri yang sejati.Bagi menyahut cabaran mengisi zaman remaja yang penuh onak dan duri ini, dipersembahkan satu model program untuk dianalisa dan dipertimbangkan bersama. Program pencegahan keganasan remaja ini dihasilkan setelah meneliti beberapa program yang telah diwujudkan. Program ini difikirkan lebih komprehensif kerana ianya menggabungkan beberapa komponen penting bagi merealisasikan hasrat menjadikan remaja sebagai pendokong negara yang produktif dan berbudipekerti mulia.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Apr 2011 06:07
Last Modified: 29 Apr 2011 06:07
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3074

Actions (login required)

View Item View Item