Awang, Saadon (1999) Pendekatan kaunseling dan terapi dalam konteks pendidikan dewasa - Pengalaman program pendidikan jarak jauh Universiti Utara Malaysia. In: Seminar Kaunseling Peringkat Kebangsaan: Aplikasi ujian psikologi : ke arah pemantapan profesyen kaunseling , 20 - 21 November 1999, Panggung Eksperimen, Dewan MAS Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (566kB) |
Abstract
Perkembangan dunia hari ini telah meninggalkan permintaan terhadap bidang pendidikan dengan begitu pesat. Penemuan-penemuan baru dalam bidang teknologi dan kemahiran memerlukan tahap pendidikan yang seimbang untuk tuntutan tersebut. Peningkatan dalam permintaan terhadap pendidikan ini juga telah meningkatkan tanggungjawab di pihak institusi pengajian untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan tersebut. Di samping memperkenalkan berbagai memperkenalkan beberapa kaedah untuk membolehkan setiap orang mendapat pendidikan yang diperlukan atau termampu olehnya. Kaedah-kaedah tersebut adalah melalui pengajian sepenuh masa, sambilan, pendidikan jarak jauh, pengajian bercetak (correspondence), dan yang terkini pendidikan secara perhubungan maya (virtual education). Perkembangan ini sebenamya mewujudkan cabaran baru kepada bidang psikologi,terutamanya pendekatan bagi kaunseling dan terapi. Pendekatan dalam mengenalpasti, merawat dan menyelesaikan masalah pelajar seharusnya turut mengambilkira perkembangan dalam pola struktur dan demografi bidang pendidikan semasa. Kertas ini cuba membincangkan tentang pendekatan kaunseling dan terapi yang diamalkan di instusi pengajian tinggi masa kini untuk menyediakan perkhidmatan dalam konteks 'pendidikan dewasa' (adult education). Tumpuan kertas ini adalah pendekatan kaunseling dan terapi bagi pelajar-pelajar program pendidikan jarak jauh (distance learning) yang merupakan salah satu kaedah pendidikan dewasa yang semakin popular masa kini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 30 May 2011 03:43 |
Last Modified: | 30 May 2011 03:43 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3118 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |