UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Masalah pembandaran dan kesan terhadap komuniti setempat


Hassan, Kalthum (2004) Masalah pembandaran dan kesan terhadap komuniti setempat. In: Pembangunan komuniti dasar, konsep, strategi, dan isu di Malaysia. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 247-254. ISBN 983-2870-43-3

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (107kB)

Abstract

Sebuah bandar terbentuk adalah hasil gabungan antara elemen-elemen buatan dan semula jadi dan penghuninya terdiri daripada berbagai latar belakang yang merupakan penyumbang kepada tenaga buruh di bandar berkenaan. Pembandaran adalah satu proses pembinaan dan pertumbuhan bandar. Pembinaan dan pertumbuhan bandar adalah hasil daripada aktiviti ekonomi dan migrasi buruh ke kawasan berkenaan.Pembandaran juga mengubah keadaan alam sekitar kawasan berkenaan (Detwyer & Marcus, 1972).Pembandaran merupakan satu proses yang tidak dapat dielakkan oleh setiap negara membangun.Pembandaran bermaksud perubahan sosial yang meluas, juga bermaksud peralihan dalam sektor ekonomi yang tidak dapat dielakkan daripada sebuah komuniti pertanian kepada sebuah komuniti industri (Exline et al., 1982). Perubahan infrastruktur dan guna tanah adalah ketara dan memerlukan kawalan untuk mernastikan proses pembandaran dapat berjalan dengan licin dan tidak mendatangkan masalah dalam jangka masa panjang. Perancangan bandar dan wilayah adalah perlu untuk mengawal proses pembandaran. Corak kehidupan di bandar juga berubah mengikut keperluan kehidupan di bandar. Kehidupan di bandar lebih mencabar memerlukan satu bentuk kehidupan yang berbeza, di mana tahap adaptasi yang tinggi di kalangan penduduknya adalah diperlukan. Pergerakan dan tindakan mereka mestilah lebih cepat berbanding dengan kehidupan di luar bandar. Pembandaran juga menyebabkan perubahan dalarn komposisi sesebuah komuniti.Ini adalah kerana berlakunya migrasi penduduk ke kawasan bandar dari serata tempat dalam sesebuah negara untuk memenuhi keperluan tenaga buruh yang ditawarkan di bandar berkenaan. Pelbagai masalah sosial dan persekitaran akan timbul sekiranya pembandaran terbentuk secara tidak dikawal dan secara tidak dirancang. Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan-tindakan yang sesuai untuk memastikan proses pembandaran dapat berjalan dengan lancar mengikut kadar perkembangan yang dapat diterima oleh komuniti setempat dan pada masa yang sama, dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Kertas ini akan membincangkan secara kasar tentang tiga masalah yang dihadapi akibat pembandaran dan bagaimana masalah berkenaan memberi kesan kepada komuniti yang terlibat. Masalah-masalah berikut ialah kos Sara hidup yang tinggi, masalah kesesakan lalu lintas dan masalah perumahan di pusat bandar.

Item Type: Book Section
Additional Information: Seminar Kebangsaan Pembangunan Komuniti (2004 : Universiti Utara Malaysia)
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Kalthum Haji Hassan
Date Deposited: 25 May 2011 02:28
Last Modified: 03 May 2017 01:20
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3130

Actions (login required)

View Item View Item