UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Peranan Tunku Abdul Rahman Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam pembinaan negara


Abdullah, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee (2003) Peranan Tunku Abdul Rahman Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam pembinaan negara. In: Kenegaraan Malaysia isu-isu dalam pembinaan negara. PTS, Bentong, pp. 94-116. ISBN 983192312X

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (353kB)

Abstract

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia yang pertama. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mengetuai usaha membawa kemerdekaan kepada negara ini. Tunku berusaha bersama rakan-rakan yang lain bagi memperjuangkan kemerdekaan negara ini daripada cengkaman penjajahan barat yang berlangsung selama hampir 400 tahun. Dalam proses mendapatkan kemerdekaan untuk negara ini, pelbagai cabaran dan dugaan ditempuhinya. Berkat kesabaran dan usaha gigihnya bersama rakan-rakan dalam parti UMNO dan Perikatan serta doa rakyat Tanah Melayu, akhirnya tanah air ini dapat menikmati kemerdekaan yang diidamkan pada 31 Ogos 1957. Walaupun Tunku adalah seorang putera raja, namun beliau dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat. Justeru itu, penulis ingin berbicara perihal perjuangan individu ini dalam mengetuai perjuangan kemerdekaan dan juga pembangunan negara seperti yang diimpikan semua. Penulis akan meninjau secara umum peranan yang dimainkannya bermula daripada penglibatannya dalam arena politik sehingga terbentuknya Persekutuan Malaysia 1963.

Item Type: Book Section
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 May 2011 02:47
Last Modified: 25 May 2011 02:47
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3139

Actions (login required)

View Item View Item