mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Adaptasi lanskap sungai sebagai alternatif produk pelancongan

Salleh, Dani (2011) Adaptasi lanskap sungai sebagai alternatif produk pelancongan. In: Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Ke-3, 8-10 Februari 2011, Dewan Persidangan, Bangunan e-Learning, UPSI. (Unpublished)

[thumbnail of Adaotasi_Lanskap_Sungai_Sebagai_Alternatif_Produk_Pelancongan.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (102kB)

Abstract

Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan menyumbangkan 11.6% kepada KNDK dunia dengan menyediakan hampir 10.7% tenaga kerja dunia. Dijangkakan peningkatan sebanyak 13.9% (iaitu 92.9 juta) menjelang tahun 2000 bagi rantau Asia-Pasifik dan 195.2 juta pada 2010 (WTO, World Tourism Organisation). Sektor pelancongan di kebanyakan negara telah menjadi sektor alternatif penting selepas perniagaan dan perdagangan. Di samping pada masa yang sama menjadi penggerak kebanyakan sektor hiliran. Pelbagai insentif dan strategi telah digubal untuk membangunkan sektor ini melalui pengenalpastian bentuk-bentuk produk yang berpotensi untuk dipelbagaikan sebagai produk pelancongan. Daripada segi fungsi sungai berfungsi untuk mengalirkan air dari kawasan tadahan ke lautan. Sungai dan persekitarannya penting dalam kehidupan manusia dari segi sosial dan ekonomi. Di samping berperanan sebagai salah satu mod pengankutan yang menyebabkan banyak penempatan masyarakat tertumpu di sepanjang tebing sungai. Pada masa ini dapat dilihat di kawasan lembah yang pesat dengan pembangunan infrastruktur, kawasan yang berhampiran sungai adalah kawasan lapang yang 'terakhir' yang masih dapat dinikmati oleh warga kota. Sehubungan dengan itu selaras dengan Dasar Pelancongan Kebangsaan, kerajaan negeri telah bercadang untuk mempelbagaikan produk tarikan pelancongan di beberapa sungai utama yang berpotensi untuk dikenalpasti menjadi tarikan pelancong telah dilakukan. Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit dan Sungai Bukit Pinang telah dikenalpasti untuk dibangunkan sebagai salah satu destinasi pelancongan di Daerah Kota Setar. Adalah diharapkan usaha dapat dilakukan untuk memajukan sumber-sumber pengairan yang terdapat di negeri ini sebagai salah satu alternatif produk pelancongan negeri. Di Malaysia, tumpuan aktiviti pelancongan di negeri-negeri tertentu diketengahkan oleh beberapa produk utama yang menjadi daya tarikan, seperti, Produk berasaskan sumber alam semulajadi, Produk berasaskan kebudayaan dan adat setempat, Produk berasaskan kegiatan membeli-belah (produk-produk tempatan, Produk berasaskan bahan atau tempat bersejarah, Produk berasaskan kegiatan yang berkaitan pantai dan sungai.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim Perak
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 30 May 2011 04:11
Last Modified: 30 May 2011 04:11
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3141

Actions (login required)

View Item View Item