UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Perpustakaan: Strategi merungkai belenggu minda


Yusoff, Nuraini and Widodo, Sahid Teguh (2010) Perpustakaan: Strategi merungkai belenggu minda. In: Renaissance Budaya Nusantara I (RBN I), 9 - 10 Jun 2010, Kampus Universitas Sebelas Maret (UNS) Surakarta, Jawa Tengah. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (104kB)

Abstract

Peri pentingnya modal insan dalam menentukan kemakmuran sesebuah negara terserlah dalam peribahasa Cina yang menyatakan bahawa "If you want one year of prosperity, grow grain. If you want ten years of prosperity, grow trees. If you want one hundred years of prosperity, grow people". Dalam usaha untuk membina insan ini, kita memerlukan pelbagai ramuan ilmu pengetahuan agar insan yang dihasilkan memenuhi aspirasi pendidikan negara seperti yang terserlah dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (t. t.): Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Begitu juga dalam Falsafah Pendidikan Indonesia: Usaha untuk melahirkan 'insan yang seimbang' dan 'berilmu pengetahuan' ini mempunyai kaitan yang rapat dengan budaya membaca dan pemanfaatan perpustakaan. Justeru, dengan niat untuk menggalakkan rakyat Malaysia malah rakyat di seluruh Nusantara untuk menjadikan membaca sebagai budaya hidup dan perpustakaan menjadi aset penting yang menyangga pembangunan insan, makalah ini akan sekilas meninjau minda yang terbelenggu, menyerlahkan manfaat membaca dan kepentingan perpustakaan dalam konteks merungkai belenggu minda yang akan mencacatkan imej kita. Seterusnya dikemukakan beberapa strategi untuk difikirkan dan diusahakan bersama demi kelangsungan generasi waja yang akan menjadi pewaris.Dalam makalah ini kata 'membaca' merangkumi pelbagai bahan bercetak dan elektronik. Perpustakaan pula merangkumi pusat sumber, perpustakaan akademik, perpustakaan awam (statik dan bergerak), dan perpustakaan di sekolah. Sudut bacaan di dalam kelas, rumah, pejabat dan di tempat awam juga turut memberi sumbangan dalam mewujudkan budaya membaca dan mencari ilmu pengetahuan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran bersama Fakultas Sastra dan Seni Rupa Universitas Sebelas Maret dan Perpustakaan Nasional Republik Indonesia (PNRI)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff
Date Deposited: 31 May 2011 00:05
Last Modified: 31 May 2011 00:05
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3144

Actions (login required)

View Item View Item