UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Proses pembinaan negara: Meninjau pengalaman Malaysia


Paidi, Zulhilmi (2003) Proses pembinaan negara: Meninjau pengalaman Malaysia. In: Kenegaraan Malaysia isu-isu dalam pembinaan negara. PTS, Bentong, pp. 1-22. ISBN 983192312X

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (351kB)

Abstract

31 Ogos 1957 menjadi titik bersejarah buat negara ini apabila diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian pada 16 September 1963 negara ini mencatatkan sejarah baru apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan secara rasrni sebagai sebuah negara berdaulat. Proses yang dikenali sebagai bina negara ini dalam proses keseluruhan bagi pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia mengambil masa yang panjang. Bukan sahaja proses membina negara bangsa melibatkan pelbagai dugaan dan cabaran, malahan proses pembinaan negara sahaja pun dilalui dengan penuh kesulitan. Kemerdekaan yang lahir sewaktu proses membina negara ini bukanlah sesuatu yang mudah dicapai. Proses memerdekakan negara bererti membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Merdeka juga bermaksud negara itu mendapat kembali hak mereka yang dirampas tetapi Malaysia berada dalam situasi berbeza kerana Malaysia harus membina dan menyusun semula hak yang ditinggalkan penjajah dan diagih secara adil antara kumpulan kaum yang terbina akibat dasar British yang lepas. Kemerdekaan adalah kemuncak usaha bina negara yang diusahakan semua pihak. Justeru penulisan ini akan meninjau secara umum proses pembinaan negara ini daripada pengalaman Persekutuan Tanah Melayu hinggalah kepada terbinanya Persekutuan Malaysia.

Item Type: Book Section
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 May 2011 03:05
Last Modified: 25 May 2011 03:05
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3156

Actions (login required)

View Item View Item