mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan ahli komuniti dalam program pembangunan komuniti: Satu kajian ke atas program homestay di Kedah

Kayat, Kalsom and Mohd Nor, Nor Ashikin (2006) Faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan ahli komuniti dalam program pembangunan komuniti: Satu kajian ke atas program homestay di Kedah. In: Pengurusan persekitaran dan pelancongan di Malaysia konsepsi dan kajian. Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 107-136. ISBN 983328275X

[thumbnail of Kalsom_Kayat_&_Nor_Ashikin_Mohd_Nor01.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (471kB)

Abstract

Pemuliharaan sumber warisan terrnasuk sumber budaya dan alam sekitar serta pembangunan negara merupakan dua konsep yang dilihat sebagai bercanggah antara satu dengan lain berdasarkan penilaian yang digunakan untuk menilai kedua-dua konsep tersebut. Pembangunan negara lazimnya diukur menggunakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) manakala pemuliharaan sumber diukur melalui indeks pencemaran alam sekitar dan kadar kepupusan sumber budaya. Kedua-duanya dilihat sebagai bercanggah kerana ramai yang berpendapat bahawa agak mustahil untuk sesebuah negara itu untuk mencapai KDNK yang tinggi dan dalam masa yang sama mampu memulihara sumber yang diwarisinya. Namun begitu, adalah tidak asing untuk kita melihat destinasi pelancongan menekankan aspek pemuliharaan sebagai salah satu objektif dalam polisi pembangunan pelancongan melalui penggunaan istilah kelestarian dalam rangka polisi dan perancangan mereka. Pendekatan ini disebut sebagai pembangunan yang berorientasikan pemuliharaan sumber yang sedia ada supaya sumber ini, sama ada sumber semula jadi atau sumber budaya, dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.

Item Type: Book Section
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 May 2011 03:19
Last Modified: 25 May 2011 03:19
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3157

Actions (login required)

View Item View Item