mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Ciri-ciri perlu ada bagi mencapai ketahanan yang cemerlang dalam sebuah organisasi

Ismail, Shaharudin (2010) Ciri-ciri perlu ada bagi mencapai ketahanan yang cemerlang dalam sebuah organisasi. In: Proceedings Seminar on Nasional Resilience (SNAR 2010) "Political Managements and Policies in Malaysia", 13-15 July 2010, Bayview Hotel Langkawi. Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad’s Thoughts, Universiti Utara Malaysia, Sintok , pp. 63-82. ISBN 978-983-44865-3-2

[thumbnail of S4.pdf]
Preview
PDF
Download (638kB) | Preview

Abstract

Isu ketahanan sesebuah negara menjadi hangat berikutan peristiwa serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di New York pada tahun 2001. Ia menjadi topik perbincangan yang penting di kalangan pemimpin negara, pembuat polisi, ahli akademik serta pelaksana undang-undang berikutan rentetan kejadian bencana alam, serangan pengganas dan krisis ekonomi/kewangan global yang berlaku masa kini. Isu ketahanan, keupayaan dan kemampuan dalam menghadapi sesuatu krisis atau gangguan ini sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada ketahanan negara sahaja tetapi boleh merangkumi pelbagai bidang yang lebih luas seperti ketahanan organisasi, persekitaran, ekologi, komuniti, pengoperasian, individu dan lain-lain. Setiap satu bidang ini mempunyai tujuan yang sama iaitu keupayaan dan kemampuan bidang tersebut untuk bertahan dalam menghadapi, mengatasi serta pulih malah, jika perlu, mengadaptasi strategi baru bila mana menghadapi sesuatu krisis atau gangguan (sama ada gangguan kecil atau besar), tetapi tahap ketahanan yang perlu dicapai adalah berbeza mengikut bidang tertentu. Gangguan besar yang dimaksudkan dalam konteks ini termasuklah kejadian bencana alam, krisis ekonomi, serangan pengganas dan kebakaran. Sementara gangguan kecil termasuk kesilapan teknikal, teknologi serta manusia/kakitangan. Perbincangan kertas kerja ini akan tertumpu kepada ketahanan organisasi. Sering kali kedengaran pengurusan sesebuah organisasi mengatakan organisasi mereka mempunyai daya ketahanan organisasi yang cemerlang dalam menghadapi gangguan (kecil atau besar), tetapi kenyataannya, organisasi ini tidak berkeupayaan menangani gangguan tersebut dalam operasi harian mereka kerana tidak mempunyai rangka kerja dan ciri-ciri perlu-ada dalam mencapai tahap ketahanan organisasi yang cemerlang. Organisasi bertahap cemerlang harus mempunyai keupayaan untuk menghadapi risiko, tekanan potensi, kemampuan mengawal dan bertindak balas ancaman sekitarnya untuk bangkit semula selepas sesuatu gangguan dan juga, jika diperlukan, berkebolehan untuk mengadaptasi setiap perubahan persekitaran. Organisasi memerlukan satu rangka kerja sebagai panduan dalam usaha mencapai tahap ketahanan yang cemerlang. Kertas kerja ini akan membincangkan ciri-ciri perlu-ada serta isu-isu yang timbul bagi sesebuah organisasi mencapai tahap ketahanan cemerlang.

Item Type: Book Section
Additional Information: Organized by Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad's Thought (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 May 2011 07:58
Last Modified: 25 May 2011 07:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3168

Actions (login required)

View Item View Item