mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Perubahan generasi dan perkembangan demokrasi di Malaysia pasca pilihan raya umum ke-12

Abd Muis, Mujibu and Hussin, Zaliha and Mohamed@Bakar, Badrul Azmier (2010) Perubahan generasi dan perkembangan demokrasi di Malaysia pasca pilihan raya umum ke-12. In: Proceedings Seminar on Nasional Resilience (SNAR 2010) "Political Managements and Policies in Malaysia", 13-15 July 2010, Bayview Hotel Langkawi. Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad’s Thoughts, Universiti Utara Malaysia , Sintok , pp. 411-442. ISBN 978-983-44865-3-2

[thumbnail of S21.pdf]
Preview
PDF
Download (231kB) | Preview

Abstract

Dalam sistem demokrasi, pilihan raya merupakan elemen penting dalam menentukan tahap demokrasi sesebuah negara. Pilihan raya memberikan hak memilih kepada rakyat untuk menentukan parti atau pemimpin yang akan memegang kuasa. Sepanjang 52 tahun Malaysia merdeka, pilihan raya umum telah dijalankan secara tetap dan konsisten dalam sistem pemerintahannya. Pilihan Raya Umum 2008 (PRU 2008) menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah penyertaannya. Kekalahan ini berlanjutan dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) pasca PRU 2008 menyebabkan timbul persoalan apakah BN mampu bangkit semula pada pilihan raya akan datang. Perubahan generasi, modernisasi dan kepesatan teknologi dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kekalahan BN itu. Kemunculan generasi baru dalam pilihan raya jelas menunjukkan bahawa generasi di Malaysia telah beranjak dari generasi merdeka kepada pasca merdeka. Perubahan ini menjadikan politik pilihan raya di Malaysia menarik untuk dikaji. Ini kerana perubahan generasi menuntut kepada perubahan strategi untuk memancing undi. Dalam hal ini BN dikatakan gagal untuk beradaptasi dengan perubahan tersebut. BN yang berterusan menggunakan politik pembangunan gagal tampil dengan strategi baru untuk memikat pengundi muda. Tambahan pula, beberapa isu, kontroversi dan kelemahan pentadbiran kerajaan diteraju BN memburukkan lagi reputasi BN di mata rakyat, terutamanya golongan muda/belia. Justeru itu, kertas kerja ini cuba membincangkan perubahan ini kepada perkembangan dan amalan demokrasi di masyarakat Malaysia yang majmuk sifatnya. Perbincangan akan cuba melihat kesan perubahan itu secara langsung dan tidak langsung kepada suasana politik Malaysia dan cuba melihat indikasi-indikasi baru untuk memahami perubahan tersebut.

Item Type: Book Section
Additional Information: Organized by Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad's Thought (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM)
Uncontrolled Keywords: Pilihan Raya, Demokrasi, Politik Baru, Masyarakat Majmuk.
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 May 2011 09:20
Last Modified: 03 May 2017 01:24
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3185

Actions (login required)

View Item View Item