UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Psikologi perkembangan kanak-kanak: Satu perihalan asas


Mohamed, Mahmood Nazar (1990) Psikologi perkembangan kanak-kanak: Satu perihalan asas. Discussion Paper. Universiti Utara Malaysia, Bandar Darulaman. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (654kB)

Abstract

Psikologi perkembangan manusia khususnya pada zaman bayi dan kanak-kanak merupakan satu subjek yang amat kompleks dan menyeluruh. Pada amnya,sub-bidang psikologi perkembangan emosi, tingkah laku, moral, kognitif, fizikal, personaliti, perhubungan sosial serta segala bentuk permasalahan yang berkaitan dengannya.Kajian mengenai perkembangan manusia ini bermula dengan peringkat perkembangan janin, zaman bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa muda, dewasa lanjutan dan seterusnya ke zaman tua. Dalam bahagian ini, perbincangan akan ditumpukan kepada perkembangan tahap bayi dan kanak-kanak sahaja. Apakah yang dimaksudkan dengan "perkembangan"? Secara amnya, perkembangan adalah pembesaran dan pembangunan organisma. Secara khususnya pula, iaitu dari fahaman psikologikal, perkembangan ialah perubahan dengan masa, yakni perubahan dari segi umur (kronologi) dan perubahan dari segi evolusi(ontogenik). Perkembangan dari segi umur adalah jelas. Bayi membesar secara kuantitatif apabila umurnya meningkat. Bagi perkembangan ontogenik pula ia membawa maksud perubahan evolusi dari segi sahsiah, kognitif, moral fizikal, sosial dan lain-lain aspek lagi.Perkembangan ini ialah dari sudut kuantitatif dan kualitatif.

Item Type: Monograph (Discussion Paper)
Additional Information: Siri Diskusi Akademik ; no. 3 April 1990
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 May 2011 09:26
Last Modified: 25 May 2011 09:26
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3188

Actions (login required)

View Item View Item