mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Dasar pertanian negara ke-3: Pemangkin pembangunan komuniti peladang, penternak dan nelayan

Adam, Mohamad Zainol Abidin (2004) Dasar pertanian negara ke-3: Pemangkin pembangunan komuniti peladang, penternak dan nelayan. In: Pembangunan komuniti dasar, konsep, strategi, dan isu di Malaysia. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 13-27. ISBN 9832870433

[thumbnail of z1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (255kB)

Abstract

Ekonomi Malaysia telah mengalami transformasi yang begitu ketara sekali sejak beberapa dekad yang lalu, iaitu perubahan daripada ekonomi yang bergantung kepada sektor pertanian kepada ekonomi yang berteraskan industri. Pada awalnya, sektor pertanian merupakan nadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi negara terutamanya selepas merdeka. Namun demikian, disebabkan pemesatan pertumbuhan sektor perindustrian, secara relatifnya telah mengurangkan sumbangan sektor pertanian kepada pendapatan negara, perolehan eksport, guna tenaga dan juga pelaburan. Sepanjang Rancangan Malaysia Ketujuh, sektor pertanian telah kekal sebagai salah satu daripada sektor utarna ekonomi negara selepas sektor pembuatan dan perkhidmatan. Ia bukan saja memberi sumbangan sebagai pembekal bahan mentah kepada industri berasaskan sumber, tetapi juga memberi sumbangan dari segi pengeluaran makanan Dari semasa ke semasa, struktur ekonomi negara kian berubah mengikut keadaan perkembangan semasa dan perkembangan ini telah menimbulkan pelbagai isu dan cabaran kepada sektor pertanian, khususnya d&i segi kekurangan buruh, saiz tanah yang tidak ekonomik dan kos pengeluaran yang kian meningkat. Tarnbahan lagi, persaingan di antara sektor-sektor terus berlaku dalam pasaran global akibat liberalisasi perdagangan. Perubahan ini memberikan satu tamparan pada sektor pertanian dan telah mengakibatkan sumbangan sektor ini kepada Keluaran Negara Kasar (KDNK) telah berkurangan sebanyak 29.1 peratus (1970 - 1974) kepada 9.64 peratus (1995 - 1998) dan terus menurun kepada 8.7 peratus pada tahun 2000. Walaupun demikian, dalarn tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, langkah-langkah barn dan berinovatif akan dilaksanakan melalui program-progran yang telah disusun oleh agensi-agensi di bawah Kementeraian Pertanian, untuk meningkatkan sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara. Selaras dengan hasrat ini, Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) telah dirangka oleh pihak kerajaan bagi mempesatkan pertumbuhan sektor pertanian selari dengan sektor-sektor lain dan juga dasar-dasar kerajaan yang lain.Dalam DPN3, pengeluaran makanan tempatan akan terus dipertingkatkan dengan memberi galakkan supaya komuniti peladang, penternak dan nelayan mengusahakan bidang masing-masing secara berskala besar dan tersusun,menggunakan tanah secara optima, memperbaiki amalan agronomi serta menggunakan teknologi dan pengurusan secara moden.

Item Type: Book Section
Additional Information: Seminar Kebangsaan Pembangunan Komuniti (2004 : Universiti Utara Malaysia)
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: College of Business
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 May 2011 09:45
Last Modified: 30 May 2016 04:33
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3189

Actions (login required)

View Item View Item