UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Evolusi industrialisasi di Malaysia satu penilaian semula


Abdullah, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee (2003) Evolusi industrialisasi di Malaysia satu penilaian semula. In: Isu-isu pengurusan alam sekitar. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 131-161. ISBN 9839559941

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (473kB)

Abstract

Umumnya, istilah 'industri' merangkumi aspek-aspek yang menjurus kepada bidang pembuatan, pembinaan, perlombongan, kuari serta perkhidmatan. Kebiasaannya perindustrian merujuk kepada industri pembuatan. Namun, istilah yang diutarakan dalam 'industri' agak kontradiksi kerana perspektif ahli-ahli ekonomi sering menyamakan perindustrian dengan perkilangan dan terdapat juga pihak yang beranggapan bahawa kedua-dua istilah ini berbeza walaupun mempunyai makna yang sama (Kanapathy, 1970). Malaysia disifatkan agak ketinggalan dalam menggerakkan sektor perindustrian dan aspek pengeluaran eksport perkilangan kerana ia berkait rapat dengan dasar-dasar pentadbiran kolonial British pada abad ke-19 yang banyak mengeksploitasi sumber-sumber asli terutamanya bijih timah dan ke negara-negara maju (Tan Siew Ee, 1980). Dasar 'pecah dan perintah' yang diamalkan oleh pihak British bukan saja memberi implikasi negatif kepada pembentukan satu negara bangsa yang bersatu padu di kalangan masyarakat di Malaysia, tetapi ia turut mengakibatkan kemunduran ekonomi. Namun, pada zaman pasca kemerdekaan, Malaysia mula sedar dan prihatin terhadap pembangunan perindustrian selain daripada memantapkan sektor pertanian. Pada masa itu, kerajaan mengutamakan diversifikasi ekonomi untuk menjamin ekonomi yang pesat dan stabil. Pembangunan ekonomi yang mapan di Malaysia sejak beberapa dekad kebelakangan ini turut dipengaruhi oleh sektor perindustrian. Sektor perindustrian berkembang pesat dan menjadi nadi penggerak serta merangsang pertumbuhan ekonomi negara selain daripada sektor pertanian.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah
Date Deposited: 30 May 2011 03:40
Last Modified: 19 Aug 2013 03:22
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3306

Actions (login required)

View Item View Item