UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pembangunan komuniti: Dasar, konsep, strategi dan isu di Malaysia


Salleh, Dani (2004) Pembangunan komuniti: Dasar, konsep, strategi dan isu di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Pembangunan Komuniti , 2004, Langkawi. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (234kB)

Abstract

Salah satu aspek yang penting dalam pembentukan kualiti kehidupan yang lebih baik dan masyarakat yang dinamik dan bersepadu ialah peruntukan aspek perancangan untuk kemudahan masyarakat yang bersesuaian, bersepadu dan mencukupi. Penekanan di peringkat perancangan amat penting untuk memastikan kejayaan penyediaan kemudahan komuniti ini. Perancangan yang efisien dan efektif bukan sahaja dapat menyediakan komuniti setempat dengan kemudahan, tetapi aspek matlamat perancangan kemudahan ini perlu berasaskan kepada ciri atau faktor kebolehsampaian (asessibility), kesepaduan (intergration), saling melengkapi (compelement to each components), tahap penerimaan dengan taraf sosioekonomi, sosiobudaya dan sosiopolitik dan memenuhi matlamat pembangunan setempat. Penyediaan kemudahan komuniti yang terancang akan membantu interaksi di kalangan ahli masyarakat setempat yang meliputi pelbagai bangsa serta membawa persekitaran pendidikan, pengetahuan, rekreasi di samping berupaya memupuk persekitaran untuk suatu masyarakat yang bersikap positif dan aktif serta progresif. Secara umumnya perancangan kemudahan masyarakat yang mencukupi dan efektif - berupaya mewujudkan suatu suasana yang bersesuaian untuk kehidupan berkomuniti, bekerja dan beriadah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 01 Jun 2011 04:53
Last Modified: 29 Nov 2011 05:50
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3316

Actions (login required)

View Item View Item