Syd Zin, Syd Abdul Rahman and Nordin, Mohammed Zin (2006) Hubungan stail komunikasi kepemimpinan dengan kepuasan dan komitmen pegawai sokongan dalam jabatan kerajaan. In: Isu dan cabaran media di Malaysia. Siri kecetakan akademik . Penerbit Universiti Sains Malaysia, Minden, pp. 1-13. ISBN 9833391842
![]() |
PDF
Restricted to Repository staff only Download (203kB) |
Abstract
Komunikasi kepemimpinan adalah element terpenting dalam sesebuah organisasi. Malah seseorang pemimpin perlu berkomunikasi dengan pekerja sokongan untuk memperolehi kerjasama bagi menjayakan matlamat organisasi. Morton (1990) dalam kajiannya mendapati 71.6 peratus daripada pentadbir dan pekerja ladang gula St. Kitts, Caribbean mengakui bahawa stail komunikasi kepemimpinan pihak pentadbir dalam kilang mereka mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan pekerjanya. Syd Abdul Rahman dan Hasnan (1996) dalam kajian mereka mendapati 89.1 peratus Pegawai Pengurusan dan Profesional di Universiti Utara Malaysia bersetuju komununikasi kepemimpinan sangat penting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Noran dan Habibah (1999) dalam kajian mereka tentang sistem penilaian kerja dalam jabatan kerajaan, mendapati motivasi dan kemajuan kerja mempunyai hubungan dengan stail komunikasi kepemimpinan. Hal ini selari dengan objektif Sistem Saraan Baru (SSB) yang bertujuan untuk mempertingkat komitmen, prestasi dan produktiviti setiap pegawai yang berada dalam perkhidmatan awam Malaysia (Ahmad Sarji, 1994).
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 12 Jun 2011 00:54 |
Last Modified: | 12 Jun 2011 01:01 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3390 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |