UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Dampak sosial dan ekonomi dalam perancangan dan pengurusan bencana di Malaysia


Anuar, Abdul Rahim and Jaafar, Ahmad Sobri and Arzemi, Amizam and Ahmad, Siti Aznor (2003) Dampak sosial dan ekonomi dalam perancangan dan pengurusan bencana di Malaysia. In: Penilaian dampak sosial. Utusan Publications & Distributors, Cheras, pp. 1-28. ISBN 9676114847

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (405kB)

Abstract

Terdapat banyak definisi mengenai bencana.Ianya bergantung kepada pandangan, persepsi dan latar belakang saintifik atau pekerjaan orang yang mendefinisikannya. Bagaimanapun, kebanyakannya akan menjurus kepada elemen yang sama, tetapi justifikasinya mengikut disiplin masing-masing. Wartawan menerangkannya dengan cara yang sensasi: menekankan tentang tragedi manusia. Agen Insuran menekankan penilaian risiko. Doktor pula memberi perhatian kepada kecederaan dan kehilangan nyawa. Secara ilmiah, Carter (tiada tarikh mendefinisikan bencana sebagai, . . . satu kejadian, semulajadi atau perbuatan manusia, secara tiba-tiba atau beransur-ansur, dengan dampak yang kuat yang membuatkan komuniti terbabit bertindak balas dengan mengambil langkah-langkah luar biasa. Pada peringkat institusi, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mendefinisikan bencana alam kepada bencana yang diakibatkan oleh gempa bumi, ribut taufan, banjir, tanah runtuh, letupan gunung berapi, kebakaran hutan, dan lain-lain yang dihasilkan oleh alam semulajadi.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 12 Jun 2011 01:17
Last Modified: 12 Jun 2011 01:17
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3391

Actions (login required)

View Item View Item