mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera: Mengharungi cabaran globalisasi

Shakrani, Mohd Saharudin and Abu Bakar, Abu Sufian (2002) Masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera: Mengharungi cabaran globalisasi. In: Proceedings of First International Business Seminar 2002, Managing competitiveness: issues and challenges for Malaysian companies in international business environment, 29 - 30 June 2002, Penang. Sekolah Pengurusan, Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 154-166. ISBN 9832078245

[thumbnail of Mohd.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (374kB)

Abstract

Agenda menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum dan usaha mengurangkan kemiskinan terus menjadi fokus utama dalam setiap dasar kerajaan. Setelah tamat Dasar Ekonomi Baru (DEB), matlamat pengagihan kekayaan negara masih tidak mampu dibereskan sepenuhnya. Ekoran dari itu Rancangan Jangka Panjang Kedua telah memperkenalkan satu dasar baru yang dikenali sebagai Dasar Pembangunan Nasional(DPN). Di antara matlamat utama dasar tersebut adalah untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berdaya saing agar matlamat pemilikan kekayaan negara sebanyak 30% dapat dicapai. Cabaran globalisasi dan serangan spekulator mata wang asing pada tahun 1997 telah menghakis sebahagian besar keupayaan masyarakat yang dibentuk ini. Hakikat ini mungkin mudah difahami kerana kebanyakan dari MPPB yang dibentuk ini adalah lahir dari bantuan dan subsidi kerajaan dan bukan kerana bakat dan kemampuan usaha yang sebenar. Kadar kemiskinan di kalangan kaum bumiputera masih ketara malah pencapaian akademik serta penyertaan dalam sektor profesional masih ketinggalan. Dalam kertas kerja ini, penulis akan menganalisis serta melihat sejauh manakah kekuatan serta daya tahan MPPB ini dalam mengharungi cabaran globalisasi dan seterusnya mampu bersaing bukan hanya di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: MPPB, Daya Saing, Globalisasi
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 23 Jun 2011 00:03
Last Modified: 01 Oct 2019 00:50
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3403

Actions (login required)

View Item View Item