mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan pangkalan data berpusat bagi pesakit di hospital

Wan Ishak, Wan Hussain and Siraj, Fadzilah and Othman, Abu Talib (2000) Pengurusan pangkalan data berpusat bagi pesakit di hospital. In: Simposium Penyelidikan Pengurusan Siswazah , 15-16 November 2000, Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of WH3.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (152kB)

Abstract

Pertambahan jumlah pesakit di hospital di selumh negara menyebabkan pengurusan data pesakit menjadi lebih rumit. Kad rawatan pesakit sentiasa bertambah dan ini memerlukan satu sistem pengurusan yang rapi bagi menjaga dun mengelak maklumat tersebut daripada musnah. Selain itu, carian dan capaian ke atas maklumat pesakit begitu sukar dilakukan kerana penguruan maklumat yang tidak cekap dan sistematik. Ledakan teknologi maklumat meningkatkan keperluan terhadap sistem pengurusan berkomputer yang lebih sistematik. Keperluan ini disebabkan komputer banyak mempengaruhi pengurusan pejabat dan penyimpanan maklumat. Pangkalan data secara elektronik dibina bagi memudahkan penyimpanan data, capaian dan pencarian maklumat mengenai pesakit. Proses kemaskini data juga dapat dilakukan dengan lebih baik. Proses ini dapat menjimatkan masa pihak hospital. Walau bagaimanapun, pengurusan pangkalan data secara bersendirian tidak begitu eflektif terutama bagi sebuah organisasi yang besar seperti hospital. Oleh itu, satu sistem pangkalan data berpusat amat diperlukan bagi menyokong pengurusan data yang lebih effektif. Sistem pangkalan data tersebut dapat memudahkan penyimpanan maklumat, pencarian dan meningkatkan capaian data. Selain itu, sistem ini juga dapat menyokong perkongsian maklumat di antara hospital di seluruh Malaysia melalui Internet atau World Wide Web. Kertas kerja ini mencadangkan model perkongsian data secara berpusat bagi hospital dengan menggunakan World Wide Web sebagai antara muka pengguna. Model ini dijangkakan akan dapat mempromosikan pengurusan hospital tanpa kertas dan menyumbang ke arah pembangunan teleperubatan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Aug 2011 07:42
Last Modified: 15 Aug 2011 07:42
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3458

Actions (login required)

View Item View Item