mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Zakat di Malaysia kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi orang islam Pulau Pinang

Alhabshi, Syed Othman (1998) Zakat di Malaysia kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi orang islam Pulau Pinang. In: Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan, 5 - 6 November 1988, USM Pulau Pinang. (Unpublished)

[thumbnail of SYED_OTHMAN_ALHABSHI_-_Zakat_Di_Malaysia_-_Kesannya_Terhadap_Pertumbuhan..._(1988).pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Satu masalah yang sentiasa dihadapi oleh manusia dalam semua zaman ialah kemiskinan. Ini adalah kerana wujudnya dua golongan manusia dalam tiap-tiap zaman, iaitu golongan yang berada dan golongan yang kurang berada. Hakikat ini adalah nyata didapati sama ada kita meneliti tamadun Mesir Tua, Babilon, Greek Tua, Rom, Parsi, Cina, India dan lain-lain. Hampir tidak ada satu tamadun manusia pun yang terlepas daripada masalah ini. Masalah yang serupa masih melanda dunia ini pada kurun kedua puluh ini. Jikalau kita kaji dan bandingkan antara negara kaya dengan negara miskin, kita dapati wujudnya jurang pendapatan purata yang terlalu besar. Bahkan jika kita meneliti sesuatu negara yang terkaya sekalipun, kita akan dapati wujudnya dua golongan yang disebutkan di atas.Apatah lagi jika kita meneliti negara yang termiskin. Hakikat yang kedua ialah, kebiasannya jumlah orang yang miskin sama ada dikira bagi seluruh dunia mahupun bagi sesuatu negara, adalah lebih ramai dari bilangan orang yang kaya. Ini terbukti kerana sejumlah kekayaan yang besar biasanya dimiliki oleh sejumlah manusia yang sedikit. Hasilnya, mereka yang kaya, yang sedikit bilangannya, dapat menikmati sejumlah besar kekayaan. Yang miskin dan ramai pula bilangannya terpaksa menderita dengan kekayaan yang sedikit. Hakikat yang ketiga ialah, walaupun dalam kurun kedua puluh ini, usaha telah dibuat, semenjak dekat lima puluhan lagi, untuk meningkatkan taraf hidup golongan yang miskin ini, namun masalah ini masih kekal di merata dunia. Ini tidak bermakna bahawa usaha pembangunan ini tidak langsung membawa kebaikan. Sebaliknya, hampir semua negara membangun telah mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi, termasuk negara miskin seperti Bangladesh, Sudan, Tanzania, Nigeria, Pakistan, Indonesia dan India. Namun seolah-olah kadar pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat dan tinggi belum lagi mencukupi untuk melepaskan ekonomi negara-negara berkenaan dari belenggu kemiskinan. Ketiga-tiga perkara ini sebenarnya dapat dilihat dari data bagi beberapa negara yang diterangkan dalam Jadual 1. Dalam Jadual I ini, kita dapati pada umumnya, kadar pertumbuhan negara kaya agak lebih rendah sedikit daripada kadar pertumbuhan negara yang miskin atau kurang maju (turus 3). Dari segi pengagihan pendapatan pula, turus 4 dan 5 memberikan nisbah pendapatan purata antara 20% penduduk yang terkaya dengan 40% pendudukan yang termiskin. Dari segi bilangan penduduk, nisbah ini sepatutnya ialah 20%./40% atau 1/2. Jika pengagihan pendapatan adalah saksama, maka nisbah bagi pendapatan yang ditunjukkan dalam turus 4 dan 5 seharusnya berada dalam lingkungan 1/2 juga. Tetapi, kita dapati rata-rata nisbah ini melebihi 1.0. Maka tidak ada negara yang mempunyai pengagihan pendapatan yang saksama. Bahkan, negara kaya seperti Amerika Syarikat menunjukkan pengagihan pendapatan yang lebih buruk antara tahun-tahun 1973 dan 1985, kerana nisbahnya meningkat dari 1.97 kepada 2.32. Bagi Malaysia, keadaannya juga agak tidak berapa menyenangkan kerana nisbah ini telah meningkat juga dari 4.83 pada tahun 1973 kepada 5.01 pada tahun 1985.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran bersama oleh Pusat Islam Universiti Sains Malaysia, Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Hasil Dalam Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Islam USM (PKI)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Siti Syariza Mohamad Radzi
Date Deposited: 10 Sep 2012 10:55
Last Modified: 10 Sep 2012 10:55
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3486

Actions (login required)

View Item View Item