UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kesan perubahan persekitaran terhadap tahap anxieti - keadaan, anxieti-tret dan tekanan


Ariffin, Mohd Taib and Mohamed, Mahmood Nazar and Bakar, Habshah and Osman, Abdul Rashid (1992) Kesan perubahan persekitaran terhadap tahap anxieti - keadaan, anxieti-tret dan tekanan. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[img] PDF
Download (5MB)

Abstract

Kajian ini menggariskan tiga objektif utama.Pertama, mengenalpasti perbezaan tahap anxietu-keadaan dan anxieti-tret yang dialami oleh para pelajar UUM waktu perpindahan ke kampus baru. Kedua, mengenalpasti perubahan dan perbezaan pada tahap ketegangan yang lazim dialami oleh pelajar sebagai kesan daripada perpindahan ke kampus baru dan ketiga mengenalpasti perbezaan perubahan-perubahan pada tekanan dan anxieti dengan faktor-faktor demografi seperti tahun pengajian, jantina, bangsa dan suasana sokongan moral. Dengan menggunakan metodologi yang dipinjam dari konstruk kaedah eksperimen, dua kumpulan pelajar telah dijadikan responden kajian. Kumpulan pertama terdiri dari pelajar program BBA, USM Pulau Pinang yang merupakan kumpulan kawalan dan kumpulan kedua terdiri dari pelajar-pelajar UUM sebagai kumpulan ujian. Sejumlah 150 orang pelajar iaitu 129 orang pelajar UUM dan 21 orang pelajar USM yang terdiri dari pelajar-pelajar tahun satu hingga empat dari keturunan Melayu, Cina dan India telah dijadikan responden. Kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan padat tahap anxieti-keadaan dan anxieti-tret di kalangan pelajar UUM tetapi tidak bagi pelajar USM. Namun begitu ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap tekanan yang dialami oleh kedua-dua kumpulan pelajar UUM dan pelajar USM. Meninjau dari segi perbezaan yang wujud diantara tahun pengajian dengan tahap tekanan dan anxieti yang dialami oleh pelajar UUM, kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada angkubah-angkubah anxieti-K dan anxieti-T, namun begitu terdapat perbezaan pada tekanan. Bagi tahap pos ujian pula didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahun pengajian dengan tahap anxieti-K dan anxieti-T, tetapi wujud perbezaan yang signifikan pada tahap tekanan. Di tinjau dari segi jantina, didapati bahawa wujud perbezaan yang ketara pada anxieti-T dan tekanan bagi pelajar-pelajar laki-laki dan perempuan. Sebaliknya tidak terdapat tekanan atau anxieti pada tahap pos ujian. Pelajar-pelajar laki-laki didapati lebih renta dari pelajar-pelajar perempuan. Seterusnya kajian juga mendapati bahawa pelajar-pelajar India di UUM mengalami tahap tekanan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar Melayu dan Cina waktu berada di kampus UUM yang belum siap. Namun begitu, faktor umur, pengalaman kerja dan jumlah kawan-kawan tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap tahap tekanan/ anxieti di kalangan pelajar-pelajar UUM. Suatu yang jelas ialah dapatan kajian ini telah menyokong teori Lazarus dan teori Selye yang mengatakan bahawa tahap kebimbangan dan tekanan yang dialami oleh seseorang itu akan meningkat dengan adanya sesuatu perubahan tetapi lama kelamaan ia akan menurun setelah berlakunya proses adaptasi dan seterusnya akan kembali stabil.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Siti Syariza Mohamad Radzi
Date Deposited: 09 Feb 2014 03:00
Last Modified: 09 Feb 2014 03:00
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3500

Actions (login required)

View Item View Item