UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar sekolah menengah: Satu dapatan awal


Othman, Mohammad Khairi and Suhid, Asmawati and Mat Rashid, Abdullah and Roslan, Samsilah (2011) Hubungan faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar sekolah menengah: Satu dapatan awal. In: 16th International Conference on Education (ICE 2011), 23 - 26 May 2011, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (215kB)

Abstract

Masyarakat sering membincangkan tentang masalah gejala sosial terutama dalam kalangan remaja khususnya para pelajar di sekolah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap peranan faktor-faktor sosial dalam pembentukan tingkah laku dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni mereka. Kajian ini penting untuk menjelas dan mengesahkan status semasa penghayatan nilai murni pelajar dan peranan faktor-faktor sosial terhadap penghayatan nilai murni pelajar supaya usaha membendung gejala sosial dapat diatasi. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan deskriptif. Data dikutip melalui soal selidik. Seramai 40 orang pelajar tingkatan empat telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian. Data-data dianalisis melalui program SPSS versi 15.0 yang menggunakan statistik deskriptif dan ujian korelasi pearson. Hasil tinjauan mendapati bahawa secara keseluruhannya persepsi pelajar terhadap peranan faktor-faktor sosial adalah berada pada tahap sederhana, manakala penghayatan nilai murni pelajar berada pada tahap tinggi. Kajian ini juga mendapati persepsi pelajar terhadap faktor-faktor sosial bagi dimensi faktor ibu bapa, persekitaran masyarakat dan persekitaran sekolah sahaja mempunyai hubungan yang signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Kesimpulannya, beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kertas kerja ini dalam membentuk nilai murni pelajar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by the Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darussalam
Uncontrolled Keywords: Faktor-faktor sosial; penghayatan nilai murni; pelajar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Mohamad Khairi Haji Othman
Date Deposited: 31 Oct 2011 06:56
Last Modified: 30 Jan 2017 01:34
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3531

Actions (login required)

View Item View Item