mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sikap komuniti setinggan tebingan sungai: Pencemaran dan pengurusannya

Ismail, Hamidi and Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah and Mariyappan, Raman (2010) Sikap komuniti setinggan tebingan sungai: Pencemaran dan pengurusannya. In: Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar kali ke-3, 8-10 Februari 2010, Tanjong Malim, Perak. (Unpublished)

[thumbnail of H.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (122kB)

Abstract

Sikap komuniti setinggan tebingan sungai dan hubungannya dengan pencemaran sungai merupakan suatu isu yang belum selesai. Makalah ini bertujuan membincangkan dan perkara asas iaitu pertama sikap komuniti setinggan tebingan sungai dan hubungannya dengan pencemaran sungai.Kedua keperluan pengurusan bagi mengurangkan masalah pencemaran sungai oleh komuniti setinggan. Penulisan makalah ini berupa kertas konsep yang mengupas isu secara ringkas dengan berpandukan rujukan serta penulisan penulis terdahulu. Artikel ini berpandangan bahawa, masalah sikap penghuni setinggan tebingan sungai sememangnya menjadi masalah kepada sistem pengurusan alum sekitar kerana bukti yang didapati bahawa pembentukan komuniti setinggan telah mencemarkan sungai dan seolah-olah mencabar perundangan negara atau jabatan-jabatan kerajaan terlibat. Sikap mereka ini sekaligus menggagalkan usaha kerajaan dalam menguruskan alam sekitar pada masa kini. Kegagalan sistem pengurusan sedia ada yang hanya menekankan kerajaan segalanya dalam mengurus pembangunan perlu kepada perubahan paradigma iaitu menukarkan bentuk pengurusan alam sekitar secara keseluruhan iaitu berpaksikan pengurusan secara urustadbir yang mementingkan penglibatan atau kerjasama semua pihak baik kerajaan sebagai peneraju, kemudian disokong sepenuhnya oleh masyarakat, pihak swasta dan NGO.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 31 Oct 2011 07:01
Last Modified: 31 Oct 2011 07:01
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3537

Actions (login required)

View Item View Item