mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sisa pepejal dan permasalahan penjanaannya di Malaysia

Ismail, Hamidi (2004) Sisa pepejal dan permasalahan penjanaannya di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Pembangunan Komuniti , 2004, Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of H2.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (159kB)

Abstract

Perkembangan teknologi telah membawa perubahan gaya hidup terhadap masyarakat masa kini.Jika dahulunya manusia hidup dalam keadaan serba ringkas, tetapi sejak akhir-akhir ini gaya hidup sedemikian berubah ke arah kurang menyenangkan bagi sesetengah pihak, khususnya para pencinta alam sekitar. Manusia pada suatu masa dahulu menyimpan barangan atau membawa makanan dalam bentuk bahan yang mudah dihancurkan seperti bekas yang diperbuat daripada tanah, buluh dan batuan. Sedangkan trend tersebut berubah pantas dari hari ke hari dengan pengenalan teknologi pembungkusan barangan daripada bahan plastik, polisterin, bahan berasaskan kayu, logam dan sebagainya. Senario sebegini menyebabkan peningkatan jumlah penghasilan sisa pepejal di kalangan masyarakat. Peningkatan jumlah penduduk di Malaysia selepas kemerdekaan sehingga tahun 2000 dianggarkan seramai 22.2 juta orang (Bernama, 2001). Peningkatan jumlah penduduk yang tinggi telah mewujudkan satu tekanan yang hebat kepada ekosistem di kawasan bandar. Kepesatan pembangunan negara telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk supaya berhijrah dan menetap di bandar-bandar. Peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar telah menyebabkan pertambahan jumlah penghasilan sisa pepejal.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Nov 2011 05:56
Last Modified: 29 Nov 2011 05:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3568

Actions (login required)

View Item View Item