UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pembangunan mapan: Tuntutan alam dan kepentingan manusia


Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah and Ayob, Wahida and Ismail, Hamidi (2004) Pembangunan mapan: Tuntutan alam dan kepentingan manusia. In: Seminar Kebangsaan Pembangunan Komuniti , 2004, Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (263kB)

Abstract

Apabila konsep pembangunan mapan diperkenalkan dan harus dilaksanakan oleh semua negara, ia seolah-olah membawa satu corak pemikiran yang baru dalam bidang pembangunan dan alam sekitar negara. Konsep ini perlu dijadikan landasan kepada manusia semasa berinteraksi dengan alam sekitar, khususnya ketika menguruskannya bagi aspek pembangunan. Dimensi baru ini menekankan supaya manusia lebih berhati-hati dalam menentukan corak pembangunan agar keseimbangan antara elemen dam sekitar dan tuntutan hidup manusia berlangsung secara seiringan. Justeru bagi menjayakan matlamat ini, manusia seharusnya memiliki apa yang dikatakan sebagai etika alam sekitar dalam diri masing-masing agar segala aktiviti pembangunan yang dilakukan akan mengambilkira tuntutan alam dan kehendak manusia. Dalam konteks pembangunan lestari, proses pembangunan negara harus seiring dengan penjagaan kualiti alam sekitar supaya penjanaan pembangunan tersebut tidak meninggalkan kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar khususnya. Justeru, keseimbangan antara kehendak manusia dan pemuliharaan alam sekitar harus dijadikan landasan dalam merancang dan menjana pembangunan negara. Penggunaan komponen-komponen alam sekitar secara intensif boleh mendatangkan beberapa kesan sampingan termasuklah pemusnahan sumber dan kemerosotan kualiti alam sekitar. Apabila sumber asli kita terganggu, maka kualiti hidup penduduk juga akan turut terjejas. Bagi kelangsungan hidup yang harmoni, maka pembangunan secara lestari diperlukan walaupun manusia dan alam mempunyai tuntutan hidup masing-masing.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Nov 2011 05:44
Last Modified: 29 Nov 2011 05:44
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3613

Actions (login required)

View Item View Item