mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kecekapan pengendalian trafik pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth dengan menggunakan model simulasi

Saleh, Abdul Razak and Mat Tahar, Razman and Ahmad, Sabri and Mamat, Elias (1995) Kecekapan pengendalian trafik pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth dengan menggunakan model simulasi. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of ABDUL_RAZAK_SALEH_-_Kecekapan_Pengendalian_Trafik_Pelabuhan...(1995).pdf] PDF
Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji kecekapan pengendalian trafik kontena Pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth. Data yang telah dikumpulkan selama 6 bulan telah digunakan bagi menguji data-data yang telah dihasilkan melalui proses simulasi dengan menggunakan perisian SIMAN. Hasil dari penyelidikan ini, didapati kedatangan kapal besar (keupayaan membawa lebih dari 507 buah kontena)adalah mengikut taburan Weibull (14.3, 1.13) manakala kedatangan kapal kecil pula mengikut taburan log normal (18.7,19.56). Kesan ke atas kecekapan apabila peralatan dikurangkan atau rosak juga dikaji. Didapati apabila salah satu "port crane" dari tiga "port crane" yang ada rosak, pengurangan jumlah kontena yang dikendalikan untuk dieksport ialah 14.17% dan 11.54% bagi kontena yang diimport. Sekiranya perkhidmatan ditingkatkan sebanyak 25%, min masa bagi pemunggahan kontena eksport boleh dipendekkan sebanyak 27% dan min masa bagi pemunggahan kontena import pula boleh dipendekkan sebanyak 8%. Apabila pergerakan "prime mover" diintegrasikan, pengendalian kontena eksport boleh ditingkatkan sehingga 8.0% manakala pengendalian kontena import pula boleh ditingkatkan sehingga 4.3%.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Abdul Razak Saleh
Date Deposited: 09 Feb 2014 06:16
Last Modified: 09 Feb 2014 06:16
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3692

Actions (login required)

View Item View Item