mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Analisis perbelanjaan individu pelancong bagi produk berasaskan pulau: Kajian kes di Pulau Perhentian dan Pulau Redang

Mat Alipiah, Roseliza and Nik Mohd Kamil, Nik Fuad (2004) Analisis perbelanjaan individu pelancong bagi produk berasaskan pulau: Kajian kes di Pulau Perhentian dan Pulau Redang. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)

[thumbnail of Ana.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

lndustri pelancongan memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi sesebuah negara. Di Malaysia, pelancongan telah menjadi salah satu industri yang mengalami pertumbuhan paling pesat di kalangan sektor perkhidmatan sejak tahun 1990-an. Kepentingan industri ini dapat dilihat berdasarkun nilai perolehan di mana terdapat peningkatan dari RM9.1 bilion pada tahun 1995 kepada RM25.8 bilion pada 2002 dengan purata pertumbuhan tahunan ialah 15.9%. Peningkatan ini adalah sejajar dengan pertumbuhan bilangan pelancong iaitu 8.6% setahun bagi tempoh 1995 hingga 2002 dengan kedatangan pelancong bagi tahun 2002 sebanyak 13.29 juta orang. Statistik pelancongan menunjukkan purata perbelanjaan perkapita para pelancong telah meningkat sebanyak 58% iaitu dari RM1.228 (1995) kepada RM1,939 (2002). Sumbangan industri pelancongan biasanya diukur secara agregat dan jarang dinilai di peringkat kawasan, destinasi atau produk tertentu. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menilai sumbangan aktiviti pelancongan berdasarkan nilai perbelanjaan individu pelancong bagi destinasi berasashan pantai di dua buah pulau peranginan yang terkenal di Malaysia iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Kajian ini memfokuskan kepada corak perbelanjaan individu pelancong berdasarkan sosio-demografi dan ciri-ciri percutian. Model perbelanjaan individu pelancong digunakan untuk menerangkan penentu-penentu perbelanjaan individu pelancong menggunakan kaedah "Ordinary Least Square (OLS) Multiple Regression". Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan antara corak perbelanjaan dan penentu-penentu perbelanjaan individu pelancong bagi dua buah pulau. Keadaan ini adalah berpunca daripada aspek permintaan dan penawaran iaitu faktor pelancong dan ciri-ciri produk yang ditawarkan. Dapatan kajian diharap dapat digunakan oleh pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam industri ini untuk mengoptimumkan nilai ekonomi dan membangunkan produk pelancongan tanpa memusnahkan ekosistem pulau yang merupakan aset yang tidak ternilai. Oleh yang demikian, beberapa cadangan dikemukakan untuk tindakan pihak yang terlibat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Dianjurkan oleh Fakulti pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar Universiti Utara Malaysia
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 28 Nov 2011 06:44
Last Modified: 28 Nov 2011 06:44
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3728

Actions (login required)

View Item View Item