UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Eko-pelancongan dan akibatnya kepada populasi penyu di Semenanjung Malaysia


Wagiman, Sukarno and Abdul Karim, Abdul Khalil and Ibrahim, Norlizawati (2004) Eko-pelancongan dan akibatnya kepada populasi penyu di Semenanjung Malaysia. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Malaysia mempunyai pantai sepanjang 4,800 km dengan pelbagai rupa bentuk berpasir, berlumpur dan paya bakau. Pantai putih dan bersih merupakan aset yang berharga kepada aktiviti rekreasi. Selain dari itu, pasir pantai ini telah menjadi tempat penyu laut bertelur untuk meneruskan kitaran hidupnya yang penuh dengan ancaman dan dugaan.Di Semenanjung Malaysia, empat daripada tujuh spesies penyu yang terdapat di dunia mendarat dan bertelur di pantai dan pulau-pulau dengan bilangan pendaratan yang berbeza setiap tahun.Pendaratan penyu secara amnya telah semakin berkurangan dan bagi penyu belimbing ia hampir menjurus kepada kepupusan.Hidupan liar termasuk penyu mempunyai kepentingan ekonomi yang boleh diekploitasi dalam bentuk yang bukan konsumtif (non-consumptive).Pada tahun 2002 seramai 13.3 juta pelancong telah melawat ke negara ini dengan anggaran pertumbuhan sebanyak 4 % berbanding dengan tahun sebelumnya.Pembangunan eko-pelancongan telah menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur di tepi pantai dan ini telah menjadi satu ancaman kepada populasi penyu. Pembangunan tersebut telah menyebabkan kehilangan habitat untuk penyu bertelur, gangguan semasa penyu bertelur, mengakibatkan hakisan pantai, kelimpahan cahaya lampu dari hotel dan kemudahan pelancongan serta pencemaran pantai. Kesemua faktor ini telah menjejaskan populasi pendaratan penyu di Semenanjung Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar Universiti Utara Malaysia
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 30 Nov 2011 02:54
Last Modified: 30 Nov 2011 02:54
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3736

Actions (login required)

View Item View Item