mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Impak pembangunan pelancongan terhadap persekitaran fizikal zon pinggir pantai

Md Jahi, Jamaluddin (2004) Impak pembangunan pelancongan terhadap persekitaran fizikal zon pinggir pantai. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)

[thumbnail of I.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Pelancongan bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dulu lagi sektor pelancongan telah menjadi nadi penggerak ekonomi beberapa buah negara. Dalam era globalisasi kini, banyak negara dunia berlumba-lumba memajukan industri pelancongan untuk tukaran wang asing yang lumayan. Malahan banyak juga negara yang menggalakkan pelancongan dalam negara untuk menjana pertumbuhan ekonomi di sekitar destinasi pelancongan. Dalam rangka membangunkan industri tersebut banyak kawasan yang mempunyai keunikan semulajadi dibuka dan dimajukan untuk tujuan pelancongan, sama ada melalui evolusi ataupun dibuka dengan sengaja oleh pihak-pihak tertentu. Negara ini amat bertuah mempunyai alam semulajadi yang indah, unik dan pelbagai seperti hutan hujan tropika, iklim dari cuaca yang tidak melampau, banjaran gunung, pulau dan pantai serta pelbagai spesies flora dan fauna. Dalam rangka mencapai kemajuan hidup dan pembangunan, manusia amat bergantung pada sumber semulajadi di mana hampir semua aktiviti yang dijalankan melibatkan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung penggunaan sumber semulajadi berkenaan. Pertambahan penduduk, peningkatan kualiti hidup dan keperluan memenuhi masa senggang serta proses globalisasi kiri telah meningkatkan lagi kadar pengalaman sumber semulajadi. Sehubungan dengan peningkatan penggunaan tersebut, keunikan kawasan pinggir pantai negara dengan tarikan pantai yang indah, terumbu karang, pulau dari sinaran matahari sepanjang tahun, menjadi sebagai salah satu daripada kawasan yang mempunyai kemampuan untuk memenuhi permintaan untuk tujuan pembangunan pelancongan, rekreasi dan peranginan. Bagaimanapun, proses pembangunan pelancongan, sama ada yang dirancang ataupun tidak, mampu menyebabkan kemerosotan persekitaran fizikal di zon pinggir pantai apabila daya tampung sesuatu destinasi itu dilampaui. Kertas kerja ini adalah bertujuan memaparkan tentang kepentingan persekitaran fizikal zon pinggir pantai, pembangunan pelancongan serta impaknya terhadap persekitaran fizikal zon pinggir pantai, dan kepentingan mewujudkan sistem pengurusan zon pinggir pantai bersepadu untuk menjamin pembangunan berterusan industri pelancongan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Nov 2011 01:52
Last Modified: 29 Nov 2011 01:52
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3739

Actions (login required)

View Item View Item