UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Komuniti Pulau Tioman : Isu dan cabaran


Ibrahim, Yahaya (2004) Komuniti Pulau Tioman : Isu dan cabaran. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Komuniti Pulau Tioman merupakan sebuah komuniti kecil yang begitu aktif dengan aktiviti ekonomi berkaitan sektor pelancongan. Komuniti ini merupakan sebuah komuniti yang gigih dan terawal membuka minda untuk membangunkan sektor ini setelah melihat prospek yang baik daripada sambutan dan kedatangan pelancong,terutama dari luar negara. Mereka bemula tanpa sebarang bantuan, tunjuk ajar, maupun kursus, namun kesungguhan melalui kesukaran untuk maju, kesediaan menghadapi risiko, tekun belajar daripada pengalaman serta dorongan rakan, seterusnya pemilikan tanah warisan, telah membuktikan pada hari ini bahawa merekalah pencetus dan pemangkin kepada pembangunan sektor pelancongan di pulau ini. Fakta yang paling membanggakan ialah 85 peratus daripada bilangan resort yang dibangunkan di sini adalah milik komuniti tempatan walaupun bertaraf sederhana. Namun kini status Pulau Tioman sebagai pulau pelancongan berasaskan alam semulajadi yang tersohor di Pantai Timur telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai. Kini Pulau Tioman bukan sahaja boleh dibangga sebagai lokasi pelancongan, malah juga mula dikenali sebagai 'tempat jualan murah'. Oleh itu, beberapa persoalan yang terbangkit ekoran daripada peristiharan sebagai 'Pulau Bebas Cukai', ialah adakah komuniti tempatan benar-benar mendapat manfaat daripada perubahan status tersebut? Sejauhmanakah berlakunya peningkatan kedatangan pelancong terutama yang akan mendiami resort-resort milik pengusaha tempatan? Apakah implikasi sosial yang sedang dan akan berlaku ke atas komuniti ini bila mana barangan yang benar-benar murah hanyalah rokok dan minuman keras? Apakah yang akan terjadi kepada pengusaha tempatan bila kini para pengusaha luar yang bermodal besar telah berlumba-lumba masuk dan membuka perniagaanya di sini? Melihat kepada apa yang sedang berlaku, kini komuniti Pulau Tioman seolah-olah sedang menghadapi suatu gelombang besar yang mungkin bakal menghakis serta menghanyutkan apa yang telah dibina daripada kegiatan dan kesungguhan mereka sebelum ini. Kertas kerja ini cuba mengimbau persoalan-persoalan tersebut hasil daripada satu kajian impirikal yang telah dilakukan di Pulau Tioman.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: komuniti tempatan; pengusaha; pelancongan; implikasi sosial.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Nov 2011 02:51
Last Modified: 29 Nov 2011 02:51
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3744

Actions (login required)

View Item View Item