W.A, Wan Juliana and H. C., Silvia Wee (2004) Komposisi dan kepelbagaian spesies pokok hutan pesisiran pantai berpasir di Teluk Datai, Pulau Langkawi. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (865kB) |
Abstract
Kajian komposisi dan kepelbagaian spesies pokok dengan DBH 5 cm dan ke atas dijalankan ke atas sebuah plot seluas 0.2 hektar di hutan pesisiran pantai berpasir, Teluk Datai, Langkawi. Sejumlah 159 pokok yang terdiri daripada 16 famili dan 29 spesies direkodkan. Bilangan ini menyumbang kepada kepadatan hutan dengan nilai 795 pokok/ha. Famili terbesar merupakan Guttiferae dengan tiga genus dan lima spesies. Manakala famili yang paling dominan berdasarkan luas pangkal ialah Myrtaceae dengan nilai kedominanan sebanyak 7.89 m2ha-I, kekerapan sebanyak 100 %, berkepadatan 145 batang pokok/ha dan Nilai Kepentingan Famili (FIVi) sebanyak 21.7 %. Vatica cinerea merupakan spesies yang paling dominan (2.9 m2ha-1) dengan kepadatan 200 batang pokok/ha, berfrekuensi 100 % dan mencatat nilai SIVi sebanyak 16.1 %. Kehadiran spesies ini menunjukkan bahawa hutan di Teluk Datai merupakan hutan tanah pamah pesisiran pantai berpasir. Spesies endemik iaitu Gluta lanceolata wujud di plot kajian. Indeks-indeks kepelbagaian yang dianalisis adalah Indeks Kepelbagaian Shannon-Weiner (H'), Indeks Kekayaan Margalef (R), Indeks Keseragaman Shannon (E) masing-masing mencatat nilai sebanyak 2.8,5.52 dan 0.83.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 29 Nov 2011 02:53 |
Last Modified: | 29 Nov 2011 02:53 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3745 |
Actions (login required)
View Item |