Loganathan, Nanthakumar (2004) Kemiskinan dinamik masyarakat pulau dan pesisiran pantai: Kajian kes Pulau Perhentian. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Masyarakat yang mendiami kawasan pulau dan pesisiran pantai mempunyai corak kehidupan yang agak berbeza berbanding rnasyarakat yang mendiami kawasan tanah besar. Corak kehidupan mereka sering dikaitkan dengan sumber alam semulajadi seperti sumber perikanan dan hasil kehadiran pelancongan dari dalam mahupun luar negara. Corak perolehan serta perbelanjaan mereka juga tidak seragam dan kerapkali dikaitkan dengan jurang kekayaan sesama mereka dari sudut sosio-ekonomi serta pengaruh musim. Yang menjadi persoalannya di sini ialah, kedudukan masyarakat pulau yang sering dibelenggu kemiskinan serta jauh ketinggalan dari sudut sosio-ekonomi, walaupun pada dasarnya mereka memiliki khazanah alam semulajadi yang tidak ternilai harganya. Justeru, kertas kerja ini dan meninjau punca kemiskinan di kalangan penduduk Pulau Perhentian serta kawasan pesisiran pantai yang melibatkan penumpuan khusus terhadap konsep kemiskinan secara relatif (inequality approach). Fokus utama kajian ini adalah dari sudut perolehan atau pendapatan dan perbelanjaan masyarakat pulau serta pesisiran pantai. Bagi mendapatkan kedudukan sebenar paras kemiskinan masyarakat pulau serta pesisiran pantai, kajian ini telah mengadaptasikan Model Foster-Greer Thorbecke (FGT) berbentuk indeks yang menjadi pengukur kemiskinan utama dikalangan negara membangun. Dalam pada itu, kajian ini juga akan memberikan kedudukan sosioekonomi masyarakat pulau serta pesisiran pantai yang pada dasarnya didorong oleh perkembangan pelancongan. Kedua, kajian ini juga mampu mengupas profail kemiskinan masyarakat pulau dan pesisiran pantai yang dijana oleh faktor pelancongan. Di akhir kajian ini, beberapa intepretasi dasar akan diutarakan bagi memantap serta mengatasi ketidakseimbangan agihan pendapatan masyarakat pulau dan pesisiran pantai.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia |
Uncontrolled Keywords: | Pesisiran pantai, Profail Kerniskinan, Pulau Perhentian, Model Foster-Greer Thorbecke (FGT) |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) H Social Sciences > HC Economic History and Conditions |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 29 Nov 2011 03:02 |
Last Modified: | 29 Nov 2011 03:02 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3748 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |