mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Wang sebagai pengukur kepentingan biodiversiti sumber tanah lembab Setiu, Terengganu: Satu pendekatan ekonomi

Nawawi, Mohd Nasir and Sukemi, Muhammad Najit and Loganathan, Nanthakumar (2004) Wang sebagai pengukur kepentingan biodiversiti sumber tanah lembab Setiu, Terengganu: Satu pendekatan ekonomi. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)

[thumbnail of w.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (584kB)

Abstract

"Valuation can be seen as a method of determining the relative importance of environmental consequences of economic activities. It helps political authorities to make informed decisions about biodiversity conservation"(UNEP, 1995; p.827) Wang dilihat sebagai ukuran yang boleh digunakan dalam melihat kepentingan sumber alam dan berguna dalam proses membuat keputusan. Proses membuat keputusan banyak bergantung kepada maklumat supaya sumber tidak di salah guna. Sumber alam sekitar seperti tanah lembab (wetland) antara ekosistem yang paling sensitif dan kaya dengan biodiversiti. Setiu Wetland (SW) yang terletak di Setiu, Terengganu dengan keluasan 230 kilometer persegi. Keunikan S W terletak pada hubungan sembilan elemen ekosistem iaitu laut, pantai, mudflut, lagoon, muara, sungai, pulau, hutan pantai dan paya bakau. SW yang diliputi 880 hektar kawasan berair menjana pelbagai faedah kepada penduduk setempat serta kepelbagaian flora dan fauna. Bagi pengunjung, SW menjanjikan panorama keindahan semulajadi dan kedamaian desa yang belum diterokai. Walaubagaimanapun, data mengenai aliran barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sumber di SW masih tiada dan sering dianalisi dengan pelbagai kaedah yang berbeza oleh pengkaji yang berbeza bidang kepakaran. Kertas kerja ini membincangkan rangka kerja bagi menerangkan, mengklasifikasikan dan menilai program pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem SW memandangkan sehingga hari ini tiada badan atau agensi yang khusus mentadbir kawasan tanah basah tersebut. Nilaian dalam bentuk kewangan bagi program pemeliharaan dan pemuliharaan mampu memberi satu justifikasi kepentingan sumber yang tidak mempunyai nilai pasaran (non-market goods).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Wetland dan penilaian ekonomi
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 06 Dec 2011 04:41
Last Modified: 06 Dec 2011 04:41
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3794

Actions (login required)

View Item View Item