Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah (2004) Zon pinggir pantai di Malaysia: Perancangan pembangunan dan pengurusannya. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Zon pinggir pantai merupakan suatu tempat yang sungguh menarik dan cantik untuk dikunjungi, namun di sebaliknya kawasan ini perlu dipelihara dan diurus dengan sebaik mungkin kerana ekosistemnya adalah sangat sensitif dan rapuh. Zon pinggir pantai juga merupakan tempat pertemuan antara air laut dan daratan serta mempunyai kesesuaian untuk pelbagai hidupan menghuni di kawasan ini dan kawasan ini juga mempunyai ekosistem yang dinamik dan tersendiri. Selain itu disebabkan beberapa faktor tarikan seperti sumber pendapatan, tempat perniagaan, perdagangan, penempatan dan sebagainya, menyebabkan kawasan ini mengalami konflik dengan persekitarannya disebabkan oleh aktiviti manusia yang tertumpu di kawasan ini. Oleh itu, kawasan ini mula mengalami proses ketidakseimbangan ekosistem dan ekologinya seperti berlakunya pencemaran, pemendapan dan hakisan di kawasan-kawasan tertentu. Justeru satu langkah pengurusan secara holistik perlu direncana agar segala aktiviti pembangunan yang dilakukan memberikan kesan yang minimum kepada persekitaran di zon pinggir pantai di Malaysia. Dengan kata lain perencanaan pembangunan di kawasan ini adalah perlu tetapi tidak merosakkan atau memusnahkan kualiti habitat dan persekitaran semulajadinya.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 11 Dec 2011 09:52 |
Last Modified: | 11 Dec 2011 09:52 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3795 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |