mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembangunan modal insan: Siapakah yang memecahkan ruyungnya?

Yusoff, Nuraini (2010) Pembangunan modal insan: Siapakah yang memecahkan ruyungnya? In: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010, 29-31 Mac 2010, Universiti Malaysia Perlis. (Unpublished)

[thumbnail of Nur.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (628kB)

Abstract

Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya. Kita mahu mendidik menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar cintakan negara dan mereka juga mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani." Demikian petikan kata-kata Perdana Menteri Malaysia dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke 48 pada 31 Ogos 2005. Kata-kata ini untuk rakyat Malaysia. Namun begitu dalam konteks membicarakan tentang ilmu pengetahuan pelajar Melayu, ingin diketengahkan dua perkara yang saling berkaitan iaitu budaya membaca dan penggunaan perpustakaan. Daripada penyelidikan yang dijalankan didapati rakyat Malaysia kurang membaca. Pelajar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi tidak menjadikan membaca sebagai budaya hidup di samping kurang memanfaatkan kemudahan yang disediakan di perpustakaan secara fizikal atau secara maya.Natijah daripada situasi ini memberi kesan yang negatif kepada identiti pelajar Melayu. Pesan orang tua-tua "Kalau tidak dipecahkan ruyung Manakan dapat sagunya". Soalnya sekarang siapakah yang akan memecahkan ruyung ini? Makalah ini membincangkan usaha-usaha yang boleh di pertimbangkan seperti program Self Development Group yang berlandaskan Teori Pembangunan Identiti Pelajar Chikering (1976) yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia dan juga melihat peranan peranan perpustakaan dalam menggamit pengunjung supaya "sagunya' dapat dinikmati.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Kerajaan Negeri Perlis & Universiti Malaysia Perlis Bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia & Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam ISBN 978-967-5760-00-6
Uncontrolled Keywords: modal insan, ilmu pengetahuan, budaya membaca, penggunaan perpustakaan, identiti pelajar
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 19 Dec 2011 09:22
Last Modified: 19 Dec 2011 09:22
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3824

Actions (login required)

View Item View Item