mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan bekerja penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN)

Mohd Nor, Mohd Azlan and Mohamed, Mahmood Nazar (2009) Faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan bekerja penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Journal Antidadah Malaysia, 5 (1). pp. 1-29. ISSN 1985-1707

[thumbnail of 5_9.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (192kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengkaji hubungan di antara pengaruh psikologikal iaitu pengaruh nilai, pengaruh keperluan, pengaruh kepercayaan kepada hasil kerjaya serta taraf pendidikan dan pengaruh sosio-ekonomi iaitu pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengaruh sekolah, pengaruh masyarakat serta pengaruh keadaan ekonomi dalam mempengaruhi kecenderungan bekerja penghuni-penghuni PUSPEN. Model kajian yang dibentuk oleh pengkaji berdasarkan Teori Pembangunan Kerjaya oleh Super (1984) yang menggunakan pendekatan umur-hidup dan ruang-hidup. Kajian telah dilakukan di semua lapan buah PUSPEN di zon utara yang melibatkan seratus sembilan puluh sembilan responden yang mana terdiri daripada bangsa Melayu yang berada di fasa empat sahaja.Hasil kajian mendapati bahawa faktor keperluan dan kepercayaan kepada hasil kerjaya mempunyai hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi kecenderungan bekerja penghuni PUSPEN. Manakala faktor-faktor lain didapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kecenderungan bekerja penghuni PUSPEN. Hasil ujian regresi juga mendapati semua pembolehubah tidak mempunyai hubungan dalam mempengaruhi kecenderungan bekerja penghuni PUSPEN.

Item Type: Article
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 May 2013 06:25
Last Modified: 22 May 2013 06:25
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3848

Actions (login required)

View Item View Item