UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Beberapa isu dalam penyelidikan kualitatif


Kelana, Musafir (1998) Beberapa isu dalam penyelidikan kualitatif. Working Paper. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (639kB)

Abstract

Benarkah Penyelidikan Kuantitatif (PK t) begitu sempurna sehingga menimbulkan rasa taksub yang begitu dalam bagi para pengikutnya? Apakah PKt itu tidak mempunyai kelemahan? Apakah benar Penyelidikan Kualitatif (P K 1) tidak memiliki sesuatu kelebihan jika dibandingkan dengan PKt? Benarkah kita semua faham apa yang dimaksud dengan PK1 itu? Semua pertanyaan ini sebenarnya berkisar pada isu kesahihan (validity) dan keboleharapan (reliability) sesebuah kajian; samada yang dikategorikan PK t, ataupun PK1. Kesemua persoalan di atas cuba diketengahkan sebagai isu pertama dalam tulisan ini. Isu kedua yang akan dibincangkan adalah berkenaan dengan pengertian PK1 dan "kekuranggairahan" staf akademik di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menjalankan PK1. Tindakan yang perlu dibuat untuk menyemarakkan PK1 di UUM juga dicadangkan. Isu ketiga yang dibincangkan adalah berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dalam menjalankan PK1. Secara keseluruhannya, kertas kerja ini cuba meluruskan pandangan bahawa kita tidak perlu taksub dan chauvanistic baik kepada PK t mahupun PK I kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahannya masing-masing. Yang penting adalah sikap saling membantu untuk menyemarakkan UUM ini dengan PKt dan PKI kerana keduanya sudah diterima sebagai cara menerapkan ilmu pengetahuan kepada kehidupan dan cara menjawab fenomena kehidupan yang ada di sekitar kita.

Item Type: Monograph (Working Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mr. Musafir Kelana
Date Deposited: 20 Feb 2014 00:48
Last Modified: 20 Feb 2014 00:48
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3898

Actions (login required)

View Item View Item