Mahmood, Rosli and Che Razak, Razli (1995) Komitmen dan kepuasan kerja di kalangan pengurus-pengurus cawangan bank di Malaysia. Other. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Kajian ke atas pengurus-pengurus cawangan bank perdagangan di Malaysia mendapati bahawa komitmen dan tahap kepuasan kerja di kalangan mereka adalah tinggi. Faktor-faktor intrinsik seperti peluang untuk mengenali orang lain dan peluang memikul tanggungjawab didapati amat penting dalam memberi kepuasan kerja kepada mereka. Sebaliknya polisi dan pentadbiran bank serta gaji dan ganjaran diberi keutamaan yang rendah walaupun mereka menyatakan kepuasan kerja secara keseluruhannya. Kajian ini juga mendapati faktor demografi seperti umur, kelulusan dan pengalaman tidak mempengaruhi tahap kepuasan kerja pengurus-pengurus cawangan bank secara keseluruhannya, tetapi memberikan perbezaan signifikan dari segi persepsi mereka terhadap ciri-ciri pekerjaan.
Item Type: | Monograph (Other) |
---|---|
Additional Information: | Research Report |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | College of Business |
Depositing User: | Prof. Dr. Rosli Mahmood |
Date Deposited: | 30 Oct 2012 01:00 |
Last Modified: | 30 Oct 2012 01:00 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3904 |
Actions (login required)
View Item |