UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh persekitaran terhadap pemilihan kerjaya dalam bidang keusahawanan: Satu kajian awal di Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara


Mahmood, Rosli and Jamal Khan, Mohd Khan (1995) Pengaruh persekitaran terhadap pemilihan kerjaya dalam bidang keusahawanan: Satu kajian awal di Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[img] PDF
Download (318kB)

Abstract

Kajian ini telah dilakukan di Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) bertujuan mengenal pasti pengaruh persekitaran terhadap tanggapan dan pemilihan kerjaya dalam bidang keusahawanan. Pemilihan DARA adalah berdasarkan keputusan kerajaan untuk membubarkannya serta beberapa Lembaga Kemajuan Wilayah yang lain dan seterusnya menggalakkan kakitangan yang terlibat berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Persoalannya, adakah persekitaran di DARA itu mampu merangsangkan mereka untuk bergiat dalam bidang keusahawanan? Kajian awal menunjukkan mereka memberi tanggapan positif terhadap bidang keusahawanan dan akan memilihnya jika diberi peluang. Walaubagaimanapun mereka masih belum berkeyakinan untuk menceburi bidang keusahawanan apabila mengambil kira keadaan diri mereka sebenar serta halangan-halangan yang mungkin akan dihadapi nanti. Beberapa faktor seperti persekitaran kerja, jawatan dan masyarakat setempat didapati mempengaruhi tanggapan mereka ini.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: College of Business
Depositing User: Prof. Dr. Rosli Mahmood
Date Deposited: 20 Feb 2014 01:26
Last Modified: 20 Feb 2014 01:26
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3905

Actions (login required)

View Item View Item