Omar, Asrar (2003) Apa itu hubungan luar? In: Hubungan luar antarabangsa. Siri pendidikan . PTS, Bentong, pp. 1-16. ISBN 9831923367
![]() |
PDF
Restricted to Repository staff only Download (295kB) |
Abstract
Ilmu membantu manusia memahami fenomena alam dengan lebih jelas dan sistematik.Lebih tepat lagi ia membantu manusia menjelaskan sebab, cara, masa dan tempat sesuatu fenomena alam itu berlaku. Peristiwa-peristiwa tersebut sukar dijelaskan hanya dengan berpandukan suatu bidang pengetahuan.Peristiwa-peristiwa yang berlaku itu menyebabkan manusia lebih matang dan berhati-hati dalam tindakan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, konflik yang berlaku kepada seseorang atau dalam hubungan individu dengan individu lain mungkin boleh dijelaskan melalui pelbagai bidang ilmu seperti psikologi, sosiologi dan sains politik.Bagaimana pula dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada skala yang lebih besar? Contohnya konflik yang berlaku dalam hubungan antara sesebuah negara dengan negara yang lain atau antara negara dengan entiti-entiti lain dalam hubungan antarabangsa seperti syarikat-syarikat multinasional dan organisasi-organisasi antarabangsa. Jelas di sini bidang kepakaran tertentu diperlukan bagi memahami kes-kes seperti yang dinyatakan di atas. Berdasarkan keperluan tersebutlah maka bidang hubungan antarabangsa diperkenalkan sebagai suatu cabang ilmu yang bermanfaat membantu hubungan antara manusia sebagai satu masyarakat atau komuniti dengan masyarakat lain. Apabila bercakap berkenaan perkaitan bidang ini dengan tindakan yang dilakukan, pihak yang paling rapat berkait dengan soal ini ialah penganalisis dan pembuat dasar bagi sesebuah negara. Peristiwa 11 September 2001 mengajar pembuat dasar supaya lebih berwaspada dan berhati-hati. Perbincangan berkenaan sistem antarabangsa, aktor-aktor yang terlibat dalam sistem antarabangsa dan pendekatan-pendekatan dalam; hubungan antarabangsa yang digunakan oleh penganalisis dan pembuat dasar perlu diketahui agar kefahaman mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku pada peringkat antarabangsa lebih jelas dan seterusnya dapat menghasilkan dasar yang lebih baik dan rasional.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | J Political Science > JZ International relations |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 22 Sep 2011 00:28 |
Last Modified: | 22 Sep 2011 00:28 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3927 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |