mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Gelagat pencarian maklumat di kalangan masyarakat luar bandar

Mohamed, Rosli and Ariffin, Mohd Taib (2002) Gelagat pencarian maklumat di kalangan masyarakat luar bandar. Jurnal Pembangunan Sosial (4&5). pp. 97-119. ISSN 1394-6528

[thumbnail of Rosli_Mohamed.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Artikel ini bermatlamat untuk mengulas gelagat pencarian maklumat di kalangan masyarakat luar bandar di empat buah kampung yang terletak berhampiran dengan UUM. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan soalselidik berstruktur dan temubual di kalangan ketua-ketua isi rumah (KIR) yang menjadi responden kajian. Gelagat pencarian maklumat di ukur dengan meninjau persepsi KIR terhadap pembangunm secara menyeluruh, persepsi mereka terhadap maklumat pembangunan, maklumat keusahawanan, kualiti hidup dan politik. Begitu juga dengan kecapaian dan kecukupan sumber maklumat yang diterima melalui media komunikasi, sama ada melalui sumber komunikasi interpersonal dan media massa. Dapatan kajian mendapati gelagat pencarian maklumat di kalangan responden adalah bercirikan sebagai pemprosesan maklumat. Gelagat sebegini menggambarkan pencarian maklumat yang pasif, yakni mereka sekadar menerima maklumat dengan usaha yang kurang untuk mencari maklumat tambahan. Dari segi sumber maklumat, kajian mendapati media massa, terutama televisyen, radio dan akhbar menjadi sumber maklumat utama berbanding dengan komunikasi interpersonal. Kenalan rapat, JKKK ahli keluarga ,dan rakan sekerja, adalah sumber interpersonal pilihan. Manakala komunikator pembangunan seperti KEMAS dun PENERANGAN tidak dijadikan sumber maklumat pilihan. Rumusan daripada dapatan kajian mencadangkan supaya usahaha harus dipertingkatkan bagi menjadikan sumber interpersonal terutama daripada komunikator pembangunan sebagai sumber maklumat utama.Kreadibiliti, mudah untuk berurusan,kaedah persembahan kandungan mesej pembangunan serta kekerapan untuk turun ke padang adalah antara cadangan yang dikemukakan. Di samping itu,kesepaduan dalam mengemblingkan media komunikasi akan menjadi rangsangan yang meyakinkan dalam mempertingkatkan penglibatan serta penyertaan yang tinggi di kalangan masyarakat luar bandar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: information seeking behaviour, rural areas
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 12 Oct 2010 03:57
Last Modified: 12 Oct 2010 03:57
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/394

Actions (login required)

View Item View Item