mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor yang mempengaruhi penglibatan penjaga di sekolah dan kesannya ke atas pencapaian akademik anak cacat penglihatan

Shaari, Azmi and Che Harun, Noor Hayati and Tengku Besar, Tengku Noaswita (2002) Faktor yang mempengaruhi penglibatan penjaga di sekolah dan kesannya ke atas pencapaian akademik anak cacat penglihatan. Jurnal Pembangunan Sosial (4&5). pp. 15-26. ISSN 1394-6528

[thumbnail of Azmi_Shaari.pdf]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penglibatan penjaga di sekolah dan kaitannya dengan pencapaian akademik anak cacat penglihatan. Faktor latar belakang penjaga adalah seperti umur, pendapatan dan bilangan tahun pendidikan, persepsi penjaga terhadap anak cacat penglihatan, persepsi penjaga terhadap sekolah serta corak polisi pentadbiran sekolah dikaji untuk melihat kaitannya dengan penglibatan penjaga di sekolah dan pencapaian akademik anak. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku Abdul Malik, Alor Merah, Alor Seiar, Kedah. Seramai 32 pasangan penjaga anak cacat penglihatan yang berumur 13-19 tahun terlibat sebagai sampel kajian. Maklumat telah dikumpulkan secara temu bual menggunakan borang soal selidik. Analisis Pekali Kolerasi Pearson telah digunakan untuk menguji hipoiesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan yang signlfikan antara faktor latar belakang penjaga dan persepsi penjaga terhadap pihak sekolah dengan penglibatan penjaga di sekolah. Kajian mendapati hanya persepsi penjaga terhadap anak kurang upaya mempunyai perkaitan yang signifikan dengan penglibatan penjaga di sekolah. Hasil kajian ini merumuskan bahawa persepsi penjaga terhadap anak kurang upaya merupakan faktor penting yang mempengaruhi penglibatan penjaga di sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: handicapped children, visual impairment, guardian involvements, secondary school
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Aug 2010 07:05
Last Modified: 29 Aug 2010 07:05
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/396

Actions (login required)

View Item View Item