Gerakan pemisah Asia Tenggara: satu perbandingan cabaran di Pattani, Thailand dan Timor Timur, Indonesia

Lee Abdullah, Mohd Ainuddin Iskandar (2002) Gerakan pemisah Asia Tenggara: satu perbandingan cabaran di Pattani, Thailand dan Timor Timur, Indonesia. Jurnal Pembangunan Sosial (4&5). pp. 213-236. ISSN 1394-6528

[img]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview

Abstract

Gerakan pemisahan di Asia Tenggara tercetus rentetan daripada tindak balas puak minoriti terhadap pemerintah yang dianggap mencabul hak asasi serta kebebasan mereka. Konsep 'self-determination' atau keiltizaman dalam hak penentuan untuk memerintah sendiri menjadi titik perjuangan para pejuang gerakan pemisah Asia Tenggara ke arah membebaskan diri daripada belenggu pihak pemerintah yang dianggap masih menjajah hak kebebasan mereka. Puak minoriti di kawasan sekitaran Asia Tenggara khususnya masyarakat Islam Melayu di Pattani, Selatan Thailand dan masyarakat di Timor Timur, Indonesia menghadapi dilema dari pihak pemerintahan serta pihak Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) bagi menentukan halatuju perjuangan mereka. Cabaran yang dihadapi oleh puak minoriti gerakan pemisahan ini disifatkan agak kritikal tetapi pengalaman di kedua-dua negeri ini adalah berbeza akibat kewujudan 'double standard' oleh pihak PBB dalam menyelesaikan masalah konflik dan kedudukan masyarakat minoriti di rantau Asia Tenggara. Perjuangan ke arah kebebasan memiliki negara sendiri akhirnya memperlihatkan Timor Timur bejaya dalam membebaskan diri tetapi masyarakat Islam Pattani masih bergelumang dalam kancah 'self determination'.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: separatist movements, Southeast Asia countries
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Aug 2010 07:13
Last Modified: 29 Aug 2010 07:13
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/397

Actions (login required)

View Item View Item