Mahajar, Abdul Jumaat (2002) Integrasi ekonomi ASEAN : sejauh mana ia dapat memperkembangkan perdagangan serantau negara-negara ASEAN. Jurnal Pembangunan Sosial (4&5). pp. 121-128. ISSN 1394-6528
Preview |
PDF
Download (798kB) | Preview |
Abstract
Negara-negara ASEAN terdiri dari negara Brunei, Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam, Myanmar, Laos dan Cambodia. Kertas kerja ini bertujuan untuk menunjukkan kelebihan yang boleh dikongsi bersama oleh negara ASEAN , hasil daripada Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) sebagai satu integrasi ekonomi ASEAN dengan mengambil perhatian ke atas strategi lokasi dan geografi negara-negara ASEAN. ASEAN mempunyai sumber ekonomi yang banyak yang tidak digunakan oleh negara-negara ASEAN. Perjanjian bersama antara benua boleh mewujudkan pasaran bebas jangka panjang, dan membolehkannya menuju ke arah perdagangan bebas serantau. Penekanan khusus ke atas perkembangan AFTA sebagai perdagangan serantau membolehkan negara-negara ASEAN mengurangkan kadar percukaian dan mempertingkatkan perdagangan di antara negara-negara ASEAN. Kewujudan AFTA dapat mengurangkun tarif dan boleh meningkatkan pengeluaran sumber-sumber mentah dan memperkembangkan sektor pembuatan di antara negara-negara ASEAN. Kertas kerja ini juga akan menggariskan kemajuan ekonomi negaru-negara ASEAN dari segi Pengeluaran Negara Kasar sebelum dan selepas kewujudan AFTA. Kadar prestasi perkembangan ekonomi negara-negara ASEAN berkemungkinan melebihi prestasi ekonomi blok serantau negara-negara lain di dunia seperti Persatuan Eropah, NAFTA, MERCOSUR dan Andean Pact. Perkembangan ekonomi negara-negara ASEAN membolehkannya dikenali sebagai negara-negara membangun pada kadar pertumbuhan yang tinggi dengan tercetusnya perlaksanaan AFTA.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | economic integration, free trade, ASEAN Free Trade Area (AFTA) |
Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 28 Jul 2010 13:29 |
Last Modified: | 06 Dec 2016 07:34 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/400 |
Actions (login required)
View Item |