UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pembangunan industri di kawasan Mergong: kesan terhadap kualiti air


Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah (2002) Pembangunan industri di kawasan Mergong: kesan terhadap kualiti air. Jurnal Pembangunan Sosial (4&5). pp. 47-60. ISSN 1394-6528

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian yang dijalankan ini merupakan tinjauan permasalahan pencemaran kualiti air di tiga buah sungai penting di Alor Setar, Kedah iaitu Sungai Mempelam, Sungai Gunung Sali dan Sungai Alor Terus. Ketiga-tiga sungai tersebut melalui kawasan Perindustrian Mergong, kawasan perumahan dan mengalir ke Sungai Kedah yang menjadi tumpuan rekreasi dan sukan air utama di negeri tersebut. Makalah ini bertujuan meninjau kesan aktiviti perindustrian ke atas kualiti air sungai. Kajian lapangan dijalankan dengan teknik persampelan air di beberapa buah lokasi terpilih berdasarkan corak guna tanah setempat. Sampel air tersebut dianalisis dalam makmal bagi memperoleh Indeks Kualiti Air (IKA) sebagaimana IKA negara iaitu parameter BOD, COD, DO, pH, SS dan NH3N. Hasil yang diperoleh menunjukkan pencemaran yang dialami oleh sungai-sungai tersebut berada pada tahap sederhana dan sangat tercemar berdasarkan parameter-parameter di atas.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: industrial development, water pollution, water quality
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 09 Aug 2010 08:18
Last Modified: 09 Aug 2010 08:18
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/405

Actions (login required)

View Item View Item