UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengurusan konflik antara etnik dan penduduk minoriti: Polisi dan amalan pentadbiran sesebuah negara secara umum


Omar, Nuredayu (2002) Pengurusan konflik antara etnik dan penduduk minoriti: Polisi dan amalan pentadbiran sesebuah negara secara umum. Jurnal Pembangunan Sosial (4&5). pp. 167-181. ISSN 1394-6528

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk melihat kewujudan konflik dalam sesebuah negara khususnya yang didiami oleh pelbagai etnik. Polisi dalaman pentadbiran sesebuah negara sama ada secara positif dan negatif juga dilihat secara umum. Konflik etnik mahupun penduduk minoriti wujud secara implisit dan juga eksplisit. Konflik implisit ialah konflik dalaman yang tidak diluahkan sedangkan konflik eksplisit ialah konflik yang ditonjolkan secara terbuka. Konflik wujud daripada perbezaan yang timbul antara kumpulan etnik mahupun penduduk minoriti. Dalam menguruskan konflik, tindakan yang perlu dilakukan ialah sama ada mengetatkan undang-undang, membuat perundingan ataupun memenuhi segala tuntutan yang diingini. Pengurusan konflik yang terakhir ialah melalui perkongsian kuasa, pemencaran kuasa atau pemisahan kuasa dengan mewujudkan sebuah negara baru. Sungguhpun begitu, pengurusan konflik sebenurnya berbeza di setiap negara. Adakala strategi yang dilaksanakan bermanfaat di sesebuah negara tetapi gaga1 di tempat lain. Jelasnya dalam menguruskun konflik antara etnik mahupun penduduk minoriti, pihak pentadbiran sesebuah negara perlu melihat konflik dari segi konteks iaitu latar belakang budaya, ideologi dan juga persekitaran setiap etnik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: conflict management, minority group, government policy
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Aug 2010 08:01
Last Modified: 29 Aug 2010 08:01
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/407

Actions (login required)

View Item View Item