UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Skim al-rahn antara keaslian dan penyelesaian semasa menurut perundangan Islam


Mohamed Naim, Asmadi (2002) Skim al-rahn antara keaslian dan penyelesaian semasa menurut perundangan Islam. Jurnal Pembangunan Sosial (4&5). pp. 27-46. ISSN 1394-6528

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Sesuatu yang sukar dinafikan dalam dunia kewangan moden ialah kewangan Islam dibentuk dalam dunia kewangan konvensional yang menekankan bahawa wang dapat melahirkan wang tanpa perlu menanggung risiko perniagaan seperti jual beli. Untuk menyusuri arus tersebut, para sarjana Islam berdepan dengan tugas antara mengekalkan keaslian kontrak- kontrak yang wujud dalam kerangka ajaran Islam tanpa mengenepikan keperluan kepada perubahan bersesuaian dengan zaman, atau mentafsirkan kandungan kitab suci al-Quran dan sunnah untuk berdepan dengan zaman yang dilalui. Pentafsiran tersebut ada kalanya tidak terkeluar daripada kerangka ajarannya. Ada kalanya tersasar jauh daripada kerangka tersebut. Justeru, artikel ini bertujuan menilai kembali perlaksanaan sistem gadaian Islam yang sedang dilaksanakan di pusat-pusat yang menggunakan skim al-rahn sebagai ganti kepada kedai-kedai pajak gadai konvensional. Artikel ini akan membincangkan perlaksanaan skim al-rahn dan meneliti aspek kebaikan dan kelemahannya dari sudut perundangan Islam untuk diperkemaskan pada masa akan datang melalui cadangan-cadangan positif. Bagi memenuhi matlamat penulisan artikel ini, penulis akan menghuraikan permasalahan gadaian menurut perspektif perundangan Islam secara ringkas terutamanya topik-topik yang berkaitan dengan skim al-rahn. Di samping itu penulis membuat analisis kritis terhadap transaksi kedai pajak-gadai konvensional dan skim al-rahn.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pawnbroking, mortgage, Islamic perspective
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Aug 2010 08:08
Last Modified: 29 Aug 2010 08:08
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/408

Actions (login required)

View Item View Item