mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Cuti perbankan & industri pelancongan tempatan: Kertas dasar

Anuar, Abdul Rahim and Mohd Saad, Nariman (2002) Cuti perbankan & industri pelancongan tempatan: Kertas dasar. In: Seminar Kebangsaan Keusahawanan Pelancongan , 17-18 Ogos 2002 , Awana Porto Malai, Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of Abd12.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (442kB)

Abstract

Semenjak berlakunya peristiwa hitam 11 September 2001 di Amerika Syarikat, industri pelancongan negara tidak boleh lagi bergantung sepenohnya kepada pelancong asing bagi menjana industri itu dan juga sebagai sumber tambahan dalam perolehan tukaran asing. Ini bererti, industri pelancongan dipengaruhi oleh kestabilan ekonomi-politik pada peringkat antarabangsa dan negara hos. Oleh itu, industri pelancongan negara perlu beralih kepada pelancong tempatan sebagai penjana pertumbuhan industri pelancongannya sendiri. Di samping atribut pendapatan dan alam sekitar, cuti juga antara atribut bagi pelancong tempatan untuk melawat ke destinasi domestik yang dirancangkan. Perbelanjaan yang berkaitan dengan aktiviti pelancongannya akan secara langsung menjanakan pertumbuhan gugusan industri pelancongan negara. Hari cuti di Malaysia pada peringkat Persekutuan dan Negeri, pada umumnya boleh dikategorikan kepada cuti am dan cuti umum. Cuti am adalah berasaskan pekerjaan iaitu cuti pada hari Jumaat/Sabtu atau Sabtu/Ahad dalam sektor awam dan swasta. Cuti umum pula boleh dikategorikan kepada yang bersifat keagamaan (seperti Hari Raya Puasa), istiadat (Hari Keputeraan Sultan Kedah), pengasasan (Hari Wilayah Persekutuan atau Hari Kebangsaan). Mengikut prakstis sentiasa, terutamanya cuti berasaskan istiadat dan pengasasan yang telah dikenalpasti dan ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri adalah bersifat lnuktamad dall tidak boleh diubah tarikhnya. Adakalanya dan secara kebetulan tarikh cuti berasaskan istiadat dan pengasasan itu jatuh sehari sebelum/selepas cuti am yang berasaskan pekerjaan. Ini secara langsung mewiudkan tempoh percutian yang berturutan. Adakalanya ia terasing daripada hari cuti yang berasaskan pekerjaan itu dan secara langsung menjejaskan suasana feel good factor (ceria) dalam percutian. Oleh itu konsep cuti perbankan atau bank holiday seperti yang dipraktisk& oleh negara United Kingdom wajar dipraktiskan di Malaysia. Hari cuti yang berturutan atau cuti perbankan dapat mewujudkan suasana ceria cuti dan kualiti masa serta mendorong penduduk domestik melancong ke destinasi yang dirancangnya. Aktiviti pelancong tempatan ke destinasi yang dituju itu akan meiljana aktiviti ekonomi dan perniagaan dalam industri pelancongan. Dalam jangka panjang, menerusi aliran pusingan pendapatan-perbelanjaan, industri pelancongan domestik dapat dijadikan pemangkin kepada industri pelancongan negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran bersama Sekolah Pengurusan Pelancongan,Institut Pembangunan Keusahawanan Universiti Utara Malaysia & Kerajaan Negeri Kedah
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 27 Dec 2011 01:09
Last Modified: 27 Dec 2011 01:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/4273

Actions (login required)

View Item View Item