Abdul Aziz, Abdul Rahman and Ishak, Mohd Sobhi and Brahim, Malike and Abdullah, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee (2005) Penilaian program latihan khidmat negara dari aspek gagasan kenegaraan. In: Seminar Kebangsaan Sosio-ekonomi dan IT (SEIT) , 20-21 August 2005, Putra Brasmana Hotel, Perlis.
PDF
Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan agenda nasional yang dilaksanakan mulai 1 Februari 2004 setalah Akta Latihan Khidmat Negara 2003(Akta 628) diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Kajian Program Latihan Khidmat Negara dari Aspek Kenegaraan ini dijalanakan di lima buah Kem Latihan Khidmat Negara di Negeri Kedah dan di Universiti Utara Malaysia yang meliputi lima elemen teras iaitu nasionalisme, patriotisme, perpaduan, keprihatinan dan kesukarelaan. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap nasionalisme, patriotisme, perpaduan, keprihatinan dan kesukarelaan di kalangan pelatih PLKN pada awal program dan akhir program latihan khususnya berhubung aspek gagasan kenegaraan. Ujian Statistik - Ujian-T dua kumpulan berhubungan digunakan untuk membezakan min data awal dan akhir program. Peningkatan skor (gain score) pada akhir program berbanding awal program menjadi petunjuk yang signifikan kepada keberkesanan program ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat peningkatan min skor yang kecil pada akhir program berbanding awal program yang kecil bagi semua gagasan kenegaraan. Walaupun peningkatan adalah kecil, PLKN sedikit sebanyak telah menyediakan ruang kepada remaja menghayati nilai kenegaraan sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN: 983-3282-50-4 anjuran Pusat Penyelidikan Dan Perundingan, Universiti Utara Malaysia |
Subjects: | H Social Sciences > |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz |
Date Deposited: | 27 Dec 2011 02:30 |
Last Modified: | 19 Aug 2013 03:24 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/4362 |
Actions (login required)
View Item |