UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Persepsi pegawai awam terhadap beberapa isu dasar politik dan kepimpinan negara


Brahim, Malike and Hussain, Ahmad Atory (2006) Persepsi pegawai awam terhadap beberapa isu dasar politik dan kepimpinan negara. In: Persidangan Kebangsaan Pengurusan Awam , 11-13 Disember, 2006, Holiday Villa, Alor Setar, Kedah. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (575kB)

Abstract

Semenjak awal tahun 1980an, telah banyak berlaku perubahan dalarn aspek politik dan kepimpinan negara yang bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat dan para penjawat awam, tetapi kepada prestasi kerajaan yang memerintah dan kepimpinan politik itu sendiri. Apabila krisis kewangan pada tahun 1997 melanda, amat ketara sekali wujudnya krisis dan konflik politik dan kepimpinan yang turut membabit beberapa dasar atau isu yang berlaku. Ini diburukkan lagi dengan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 1999 apabila mengalami kekalahan di Kelantan dan Terengganu. Peristiwa tersebut telah memberikan gambaran akan pelbagai perubahan tingkahlaku, sikap, nilai dan tanggapan di kalangan rakyat dan pegawai kerajaan terhadap soal politik dan kepimpinan negara pada waktu tersebut. Ini dapat dilihat apabila timbul isu dan perdebatan mengenai sokongan kepada parti politik, fahaman dan ideologi politik, nilai profesionalisme dan nilai-nilai murni. terrnasuk juga ada kecenderungan berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sebagai suatu manifestasi longgarnya nilai kesetiaan dan kepercayaan kepada pemirnpin politik dan kerajaan yang berlaku di kalangan penjawat awam. Oleh itu, pihak pernimpin politik perlu menilai dan mengkaji semula akan tindak-tanduk atau dasar-dasar yang sedang atau akan dilaksanakan mencerminkan ketelusan, akauntabiliti dan membela nasib rakyat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by Faculty of Public Management and Law Universiti Utara Malaysia
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 27 Dec 2011 02:54
Last Modified: 27 Dec 2011 02:54
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/4381

Actions (login required)

View Item View Item