mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Indikator kecukupan sosial pendapatan: Transformasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi

Musing, Ibrahim (2011) Indikator kecukupan sosial pendapatan: Transformasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. In: National Conference on the Tenth Malaysia Plan: Transformation Towards a High Income Advanced Economy, 18th July 2011, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[thumbnail of ibrahim.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (326kB)

Abstract

Kertas kerja ini adalah mengenai indikator kecukupan sosial pendapatan untuk membolehkan pekerja menikmati kesejahteraan hidup. Gaji dan skim manfaat pekerjaan yang diterima perlu dapat bertindak balas dengan keperluan dan perubahan yang berlaku dalam iklim ekonomi semasa. Indikator ini ialah penemuan baru berdasarkan kepada satu kajian lapangan yang dijalankan kepada guru-guru di sektor awam dan swasta (negeri Selangor, Malaysia), pada tahun 2009 hingga 2010. Beberapa bentuk keperluan baru yang tidak disediakan oleh majikan dalam pakej manfaat pekerjaan telah mengecilkan saiz pendapatan dan membawa kepada ketidakcukupan sosial pendapatan. Berkaitan dengan hal itu, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) seolah-olah memahami akan perlunya transformasi ke arah mewujudkan pekerja berpendapatan tinggi. Konsep pekerja berpendapatan tinggi adalah sangat penting untuk memastikan kebajikan pekerjaan dapat dinikmati oleh pekerja dan tidak hanya menjalani kehidupan dalam keadaan “secukup hidup”. Hasil penemuan kajian dan indikator yang telah diwujudkan memerlukan intervensi susulan untuk melaksanakannya. Beberapa pendekatan dan mekanisma dalam RMK-10 boleh dijadikan intervensi untuk membolehkan pekerja mencapai indikator kecukupan sosial yang ditetapkan, dan ini seterusnya dapat menangani kemiskinan pekerja; yang signifikan dengan kemiskinan bandar dan kemiskinan relatif.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by International Journal of Management Studies (IJMS), Universiti Utara Malaysia, Malaysia Institute of Economic Research (MIER) and UUM Press
Uncontrolled Keywords: Secukup hidup; kesejahteraan hidup; intervensi; kemiskinan relatif; indikator kecukupan sosial.
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 27 Dec 2011 07:44
Last Modified: 27 Dec 2011 07:44
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/4484

Actions (login required)

View Item View Item